09 Mei 2009

Sayangnya Pak Mat kepada Isterinya


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan.

Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. pada suatu hari,Seorang pemuda di kampung itu bertanya pada pak mat "pak mat ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafasnya yg terakhir, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " sebab tu lah pak cik terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"he..he.. "ces !!!cilaka betul org tua ni !!"kata pemuda tersebut sambil membaling seliparnya ke arah pak mat"

Tiada ulasan: