30 Disember 2010

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

1. azab api neraka,
2. azab kubur,
3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

1. penceraian akan berlaku akibatnya,
2. pasangan zina mengandung,
3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
6. kejian masyarakat,
7. ditangkap basah dan diumum di media,
8. adik beradik mengeji,
9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.


KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )


17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )


Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Julai 2009

Zina Memandang Kecantikan

Soal Jawab Agama ini dipetik daripada HafizFirdaus.com

Soalan:

Seorang perempuan keluar rumah dengan mendedahkan aurat, dengan maksud mendedahkan kecantikannya. Adakah perempuan itu dianggap berzina?
Ain, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Hadis berikut menjadi rujukan: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas setiap anak Adam bahagiannya dari zina. Dia pasti mendapatkannya dan tidak dapat mengelak. Zina mata adalah melihat, zina lisan adalah berbicara, nafsu berangan-angan dan mengharapkan sementara faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya." [Shahih al-Bukhari, no: 6243].

Dalam hadis di atas Allah menerangkan bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki dan wanita untuk saling melihat, berbicara dan berangan-angankan satu sama lain. Semua ini menghampirkan mereka kepada zina di mana langkah terakhir yang memuktamadkan perbuatan zina ialah bertemunya kemaluan lelaki dan wanita.

Hadis ini berperanan sebagai amaran dan pencegahan. Ketetapan atau kebiasaan yang dimaksudkan bukanlah bererti kita membiarkannya atau rela terhadapnya, tetapi agar kita lebih berwaspada dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjauhinya. Umpama di katakan: "Sudah menjadi ketetapan berlaku banyak kemalangan jalanraya pada musim percutian, sukar untuk dielakkan". Ini bukan bererti kita boleh memandu secara cuai, sebaliknya bererti lebih berwaspada ketika memandu dan berusaha sungguh-sungguh untuk mengelakkan kemalangan. Pandangan, perbicaraan dan harapan nafsu semuanya akan mengarah kepada zina. Atas sebab inilah juga disebut sebagai zina. Justeru sebagaimana zina diharamkan, maka pandangan dan perbicaraan yang disengajakan tanpa sebarang keperluan adalah haram juga.

Demikian juga diharamkan lintasan nafsu dan khayalan.Seseorang yang keluar rumah dengan sengaja mendedahkan auratnya, dia melakukan zina kerana membuka peluang kepada zina mata. Maka hukumnya haram baginya yang mendedahkan aurat dan bagi orang yang memandang aurat itu.

KOMEN PPIM HALAL KE HARAM ?

Assalamualaikum wrt wbt, saudara-saudara dan sahabat-sahabat sekelian, Di bawah ini, kami siarkan jawapan yang diperolehi daripada LAMAN WEB JAKIM mengenai status halal haram produk dan syarikat-syarikat yang terbabit. Mungkin senarai ini boleh menjadi panduan kasar untuk kita memilih samada untuk terus mengguna / menyokong atau memboikot syarikat-syarikat tersebut. Namun begitu, pada pendapat kami, tanggungjawab mencari yang halal itu adalah terletak ke atas bahu kita sendiri (wajib).

Bahkan kita patut sentiasa berwaspada terhadap apa-apa makanan atau minuman yang dihulurkan kepada kita termasuklah mengetahui apakah sebenarnya status ramuan yang dilabelkan di bawah Pelabelan Kod E.

Kita hendaklah sedar bahawa sebenarnya tujuan pihak kapitalis merancang Pelabelan Ramuan Makanan di bawah Sistem Kod pada sekitar tahun 1800 an adalah sebahagian utamanya untuk mengelirukan Pengguna - khasnya Pengguna Islam. (Sila rujuk kepada pendapat Dr. M Amjad Khan di dalam artikel beliau “Kenapa perkataan “Babi” tidak di label dan diganti dengan Kod E”). Apatah lagi terlalu banyak penambah makanan / komponen yang dikeluarkan dari hari ke hari, dengan pengunaan kaedah bercampur aduk yang sangat meragukan.


Hanya pihak pengeluar ramuan sahaja yang benar-benar mengetahui apakah komponen ramuan yang dicipta. Kita juga patut sedar bahawa 80% pihak kapitalis adalah orang kafir dan kebanyakan mereka merupakan manusia yang tamak dan haloba.

Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan untuk membalas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ialah JANGAN membeli / memakan barang-barang yang meragukan. Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja. Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a Halal Hub”.

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan. Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar luas melalui emel-emel anda.

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Norainis Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.

2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

4. Café : Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

8. Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10.Berkenaan Mewarnakan rambut : dari segi hukum syarak terbagi kepada

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

Waallahualam

04 Februari 2010

We have 3 stupid stages of life………..

Teen age:

Have Time + Energy … but No Money


Working Age:

Have Money + Energy …but No Time



Old age:

Have Time + Money … but no Energy

Jadikan ikhtibar..

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. - Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum . Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

FOOD INGREDIENT ANGKA: (E-numbers)

E-Bilangan mewakili aditif makanan tertentu, yang digunakan oleh industri makanan dalam pembuatan pelbagai produk makanan. E-Bilangan ini telah dirumuskan oleh Masyarakat Ekonomi Eropah (MEE) dan secara universal diterima pakai oleh industri makanan di seluruh dunia.

Diketahui bahawa banyak E-nombor mengandungi bahan-bahan haram tidak berdaftar di dalamnya. Umumnya aditif berasal daripada haiwan dan serangga.

E-nombor nombor rujukan yang digunakan oleh Kesatuan Eropah untuk memudahkan pengenalan tambahan makanan. Semua makanan aditif yang digunakan dalam Kesatuan Eropah dikenalpasti oleh E-nombor. "E" singkatan dari "Eropah" atau "Kesatuan Eropah". Biasanya setiap makanan tambahan diberikan sebuah nombor unik, meskipun kadang-kadang, berkaitan tambahan diberikan perpanjangan ( "a", "b", atau "i", "ii") untuk E-nombor lain.

Suruhanjaya Kesatuan Eropah menugaskan e-nombor selepas aditif dipadam oleh Jawatankuasa Ilmiah Makanan (SCF), badan yang bertanggungjawab untuk keselamatan makanan aditif evaluasi di Kesatuan Eropah. Konvensyen untuk melantik E-nombor adalah:
100-199 Warna makanan
200-299 pengawet
300-399 antioksidan, fosfat, dan agen complexing
400-499 thickeners, gelling agen, fosfat, humectants, emulsifier
500-599 garam dan sebatian berkaitan
600-699 flavor enhancer
700-899 tidak digunakan untuk makanan tambahan (digunakan untuk pakan aditif)
Lapisan permukaan 900-999 agen, gas, pemanis
Miscellaneous 1000-1399 aditif
Turutan pati 1400-1499

E-nombor yang hanya digunakan untuk bahan ditambah secara langsung kepada produk-produk makanan, jadi kontaminan, enzim dan alat bantu pengolahan, yang boleh diklasifikasikan sebagai aditif di Amerika Syarikat, tidak termasuk dalam E-sistem nombor.

Ada pengarahan EU pelabelan makanan yang memerlukan tambahan makanan akan dicatatkan dalam bahan-bahan produk setiap kali mereka akan ditambah untuk keperluan teknologi. Ini termasuklah pewarna, pemanis dan menyokong peningkatan serta untuk pemuliharaan, penebalan, emulsifying dan sejenisnya. Bahan perlu berdaftar dalam urutan berat, yang bererti bahawa pada umumnya ditemui berhampiran dengan akhir senarai bahan. Namun, zat yang digunakan dalam perlindungan tanaman dan produk tanaman, penyedap dan zat-zat gizi yang ditambah sebagai (misalnya, mineral, trace elemen atau vitamin) tidak perlu dimasukkan ke dalam senarai bahan. Kerana ini, beberapa substansi yang diatur sebagai makanan tambahan di negara lain boleh dikecualikan daripada aditif makanan definisi di Kesatuan Eropah.

SELALU aditif yang berasal daripada haiwan, seperti (haram):

* E120 cochineal: Warna merah diperolehi daripada serangga betina

* E441 Gelatine: berasal dari tulang dan / atau menyembunyikan ternakan dan / atau babi

* E542 Edible Bone Phosphate: ekstrak daripada tulang haiwan

* E904 lak: resin daripada serangga lac

Sementara beberapa aditif dengan kod yang sama seperti E47, bisa berupa haiwan atau tanaman asal-usul dan jenis yang terakhir ini harus diselidiki tentang kes-demi kes per produk / pengilang.

Bahan utama anda perlu sedar ialah:

* Gliserol / Gliserin / gliserin (E422) - haram, kalau diperolehi daripada daging babi atau non-sumber daging halal.
* Emulsifier (E470 ke E483) - haram, kalau yang diperolehi daripada babi atau sumber-sumber non-halal.
* Edible Bone Phosphate (E542) - haram, kalau diperolehi daripada daging babi atau non-sumber daging halal.