03 Mei 2009

Peluk Bukan Muhrim : Rasa Hormat Atasi Hukum Haram

Zaman sekarang halal dan haram ditolak ketepi. Hukum Allah dipermainkan. Bersalam lelaki dan perempuan sudah menjadi perkara biasa dan tidak menjadi kesalahan, sudah jadi tradisi.

Kini satu trend baru dilakukan oleh anak-anak muda dan artis. Iaitu berpelukan tanpa segan silu. Sebab itu kita dapat melihat bagaimana para pelajar Akademi Fantasia yang disingkirkan tanpa segan silu bersalam, cium tangan dan bertepuk bertampar lelaki dan perempuan.

Lebih malang lagi ada yang berpeluk-pelukkan antara pelajar dan tenaga pengajar yang masih muda dan bernafsu. Adakah perkara sebegini diharuskan atau dihalalkan oleh syarak.?

Saya yakin bagi tetamu blog ini yang arif dan faham tidak ada masalah. Tetapi bagaimana dengan anak-anak muda dan kanak-kanak yang menonton rancangan tersebut sudah tentu menganggap perkara ini dibolehkan kerana ianya sudah seakan-akan menjadi tradisi sekarang ini.
Malah lebih teruk pelajar AF yang berpeluk dengan gurunya itu menjawab beliau memeluk gurunya kerana tanda hormat. Persoalaannya adakah tanda hormat dapat mengatasi hukum haram yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Pelajar AF terbabit Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, menjelaskan kepada media bahawa pelukan itu berlaku disebabkan hubungan kekeluargaan yang dibina selama ini.

“Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.

“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam,” jelas Aril.

Jelas sekali betapa caca marbanya masyarakat kita sekarang.

Saya menggesa Menteri Agama, Datuk Jamil Khair supaya menjelaskan perkara kepada rakyat tentang isu ini supaya rakyat tidak terkeliru. Jika tidak nanti lebih ramai yang berpeluk-pelukan seperti Mat Salleh dan lepas berpeluk mungkin bercium pula. Lagi teruk bila ada yang 'ter'peluk kerana sayang sangat kononnya.

http://mutaligat.blogspot.com/2009/04/peluk-bukan-muhrim-rasa-hormat-atasi.htm

Tiada ulasan: