13 Januari 2009

Palestine: Dunia Vs Akhirat

Oleh Hang_Kasturi, TKO

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." Al Hujuraat : 10

Ayat di atas menjelaskan kepada kita sesungguhnya seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah, Kitab-kitabNya, Para Rasul, Para Malaikat, Hari Kiamat dan Qadar serta Qdar adalah bersaudara. Malah bukan itu sahaja, Allah swt juga menyuruh kita semua sentiasa memperbaiki hubungan sesama kita yakni meningkatkat ukhwah silaturrahim. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dari Allah swt.


Palestine adalah salah satu isu yang menunjukkan kegagalan umat islam khususnya di tanah arab dan amnya di suluruh dunia dalam menegakkan kebenaran Islam. Rata-rata kita tertanya-tanya mengapa dunia arab masih tidak berseiringan dalam menghadapi isu Palestine sejak dari dahulu sehingga ke hari ini. Malah isu-isu yang melibatkan dunia Islam di negera-negara seperti Iran, Iraq, Bosnia, Chehnya dan lain-lain tidak mendapat sebarang signifikasi tindakan dari mana-mana resolusi yang dibincangkan oleh OIC & Liga Arab.

Jawapan mudah : kerana cintakan dunia dan takut kepada mati.

Menyorot sejarah silam yang berlaku pada 10 Muharaam (yang baru berlalu minggu lalu) bagaimana tragedi duka yang menimpa para pencinta Rasulullah saw. Kerana pada hari, terpisah kepala cucu nabi saw Saidina Husin dari jasadnya yang mulia di tangan tentera laknatullah Yazid bin Muawiyah. Siapa Yazid ini? Yazid anak kepada sahabat nabi iaitu Muawiyah. Yazid sendiri pernah bersemuka dengan kekasih Allah Muhammad SAW semasa hayatnya. Namun kecintaan Yazid kepada Rasulullah tidak cukup mengatasi cinta kepada harta, pangkat dan kekayaan. Nah inilah buktinya!

Lihat apa yang berlaku, umat Islam ditindas di serata tempat. Baik oleh kaum kuffar mahupan munafik yang bernama berkulitkan seorang Muslim. Baik di luar sana ataupun di tanah air sendiri. Kadang-kadang sedih, kadang-kadang geli hati apa bila mendengar bicara para teman tentang Palestine. "Awatnya Hamas pi tembak roket kat depa?" "Pasai apa Fatah dan Hamas tak boley nak bersatu"

Inilah apabila kita jauh dari agama. Bicara seharian hanya berkisar tentang mana mau cari makan. Jangan over nanti soru missed. Ayoyo... Balik-balik yang disembangkan perihal MawiShikin, artis bercerai, isu pakatan rakyat, pemilihan umno, kerata baru bla..bla..bla...

SMS yang diterima "Marilah kita berdoa kerana sekarang ini Masjid Al Aqsa sedang dikepung tentera Yahudi...." Lucu bukan? Ohh... agaknya si pengirim terlupa. Al Nakhbah telah berlaku sudah 60tahun!!! sejak perang dunia ke-2 Palestine telah jatuh di tangan Yahudi/Israel. Agak2 pengirim tahu ker dimana letaknya Al Aqsa itu. Aku doakan dia dapat menggoogle lokasi Al Aqsa.

Sejarah Palestine seharusnya dikaji dan diteliti. Malah harus dikembangkan supaya umat Islam tak terkeliru. Rata-rata pak cik mak cik pencen confius perihal Hamas wal Fatah. Senang cerita Yusuf Qardawi pernah mengungkap dalam kuliahnya bahawa contoh perjuangan yang benar lagi jelas tuntutan syarak adalah pejuang-pejuang Hamas! Aduh terduduk bila memikirnya. Bagaimana dong...

Duduk bersama-sama sahabat usrah 4 malam sudah menyoroti kisah sang Murabi. Manisnya imannya, lihat kehidupannya. Walaupun tiada penah berjumpa manisnya meresap hinggap bergenang air mata ini. Dan seorang profesor berkebetulan pulang bercuti dari pengajian di Mesir mengatakan bahawa usrah pada pendokong Hamas berjalan hatta diwaktu gawat. Aduh sekali lagi aku terpukul. Usrah 2 minggu sekali pun sukar untuk ditaati. Inikan pula.... tak dapat ku bayangkan.

Jawapan mudah : kerana cintakan dunia dan takut kepada mati

Maka benarlah apa yang diungkap oleh Rasulullah SAW bahawa akan datang nanti suatu masa di mana umat Islam akan ratah oleh para musuh Islam umpama semut mengelilingi makan, bukan kerana umatnya yang sedikit bahkan Rasulullah mengatakan umatnya ketika itu ramai tetapi banyaknya itu umpama buih2 dilautan yang tiada berguna. Kerana apa? rujuk Jawapan mudah.

Kita mungkin berpuas hari berdemo sana sini. Berteriak memaki hamun si Yahudi dan sekutunya. Membakar patung dan bendar mereka. Sungguh meriah sekali. Rugi kalau kalau tak dapat itu. Tetapi lupa pula nak memaki para pemimpin dunia Islam yang tak berguna!!! Di kala saudara-saudara sendiri dibunuh mereka pula berbalah. Aduh malangnya mempunya pemimpin yang bangang lagi dayus!!! Kerana meraka inilah penyembelihan saudara-saudara di Palestine semakin menjadi-jadi. Kita hanya mampu berkata kasihan menonton paparan Buletin Utama sambil menikmat sate kajang dan air mata kucing yang dibeli. Kasihan syruuuupppp... sedap pulak air nih. Kasihan.... liat pulak daging sate nih. Sesekali iklan mempromosi rancangan Raja Lawak atau prebiu nih si mawi yang wajib diikuti. Rugi tak tengok detik di dalam hati

Lastly firman Allah swt :

"Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. Pastilah bahwa mereka di akhirat nanti adalah orang-orang yang merugi." An Nahl :107~109

Tiada ulasan: