21 Julai 2009

Lebah-lebah Mati Akibat Aids?


Saintis yang paling terkenal pada abad ke-20 iaitu Albert Enstein pernah berbicara berkenaan dengan Lebah.

“Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama 4 tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada tumbuhan, tiada binatang, dan tiadalah manusia”

Agak pelik seorang ahli fizik terkemuka berbicara mengenai subjek yang diluar bidangnya iaitu biologi. Walau bagaimanapun, peringatan yang diberi oleh Enstein ini telah memberi satu petanda yang cukup penting untuk kita yang sedang melangkah maju dalam abad ke-21 ini.

Siapa sangka perkara yang dibicarakan Enstein itu benar-benar berlaku pada tahun 2005.Walter Haefeker, Naib Presiden Persatuan Penjaga Lebah Profesional Eropah telah menimbulkan rasa resahnya pada keadaan yang berlaku kepada koloni lebah di Eropah.

Tanpa diketahui sebabnya, populasi lebah di Jerman semakin menghilang dan ini memberi kemudaratan kepada penjaga-penjaga lebah di sana. Di Amerika Syarikat berbeza pula, dimana populasi lebah mati secara mendadak dalam kuantiti yang banyak yang akan memberi kesan ekonomi yang besar kepada sektor yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Tiada siapa yang mengetahui sebab mengapa populasi lebah-lebah itu musnah tetapi sesetengah saintis percaya bahawa bencana ini berlaku akibat daripada tanaman tumbuhan ubah suai genetik (genetically modified plants) atau tumbuhan transgenic secara besar-besaran di US sebagai salah satu faktor

Laporan daripada Persatuan Penjaga Lebah Bavaria di Jerman pernah melaporkan bahawa sebanyak 12% daripada populasi lebah tempatan telah berkurangan. Felix Kriechbaum, salah seorang daripada ahli persatuan tersebut menjelaskan bahawa “ jikalau populasi lebah hilang tanpa kesan, agak sukar untuk kami melakukan siasatan kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mati di dalam sarang mereka.” Terdapat banyak sebab yang membolehkan lebah-lebah tersebut hilang deria orientasi yang akan menyebabkan lebah-lebah tersebut tidak mampu pulang ke sarang mereka semula.

Presiden Persatuan Penjaga Lebah Jerman, Manfred Hederer pula melaporkan bahawa sebanyak 25 % penurunan jumlah populasi lebah di seluruh Jerman. Tambahnya lagi “dalam kes terpencil pernah berlaku penurunan sebanyak 80 % jumlah populasi lebah”. Beliau menjangkakan terdapat “ toksin - bahan kimia yang tidak biasa diketahui” yang mungkin membunuh lebah-lebah tersebut.


Di Amerika berlaku bencana yang lebih dahsyat. Penjaga lebah di pantai timur Amerika Syarikat melaporkan mereka telah kehilangan sebanyak 70 peratus bilangan lebah mereka manakala di pantai barat, mengalami penurunan sehingga 60 peratus. Dalam satu artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar New York Times dalam ruangan bisnes menekankan bahawa “ kesan yang buruk bakal diterima sektor pertanian Amerika jikalau lebah-lebah berterusan mati”. Pakar di Universiti Cornell memperjelaskan lagi hipotesis New York Times dengan menganggarkan jumlah keuntungan yang diperoleh melalui penglibatan lebah-lebah dalam pendebungaan buah-buahan, dan sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kepada manusia dan haiwan ternakan berjumlah kira-kira 15 bilion US dolar.

Komuniti saintis menggelarkan fenomena misteri ini sebagai Colony Collapse Disorder (CCD) yang semakin pantas bertukar menjadi masalah nasional. Ada juga saintis yang melabel masalah ini sebagai “ AIDS kepada industri penjagaan lebah”. Apa yang pasti adalah berjuta lebah telah hilang begitu sahaja. Yang hanya tinggal dalam sarang ialah anak-anak yang pasti akan mati kerana tidak diberi makanan oleh lebah-lebah dewasa yang hilang tersebut. Lebih ganjil, lebah-lebah yang mati itu tidak dijumpai di dalam sarang ataupun di sekitar kawasan sarang mereka. Saintis yang sedang melakukan penyiasatan turut berasa hairan kerana simptom yang di paparkan dalam kes ini tidak dapat dirujuk dalam mana-mana data dan maklumat yang tersedia ada berkenaan lebah.


Dalam banyak kes saintis masih berjaya menemui bahan bukti bahawa hampir semua virus yang berkaitan dengan lebah telah ditemui pada lebah-lebah yang dijumpai dalam sarang setelah kehilangan secara besar-besaran yang berlaku dalam koloni lebah tersebut. Sesetengah daripada lebah tersebut menerima 5 hingga 6 jenis jangkitan dan pada masa yang sama juga dijangkiti oleh kulat. Saintis membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda sebegini hanya berlaku kepada lebah yang telah musnah sistem antibodi mereka.

Kejutan lain buat para saintis yang menyelidiki kes ini ialah sarang lebah yang terbiar tidak didatangi oleh lebah-lebah dan haiwan yang lain. Kebiasaannya koloni lebah yang berdekatan atau parasit akan mencuri madu dan debunga yang ditinggalkan atas sebab yang berbeza seperti kesejukan yang melampau dalam musim sejuk. Para saintis tersebut membuat hipotesis bahawa “terdapat sesuatu yang toksik pada koloni yang tertinggal yang membuatkan haiwan lain menjauhi daripadanya”.

Walter Haefeker melihat perkara ini melebihi dari skop industri penjagaan lebah. Beliau membuat andaian bahawa kemungkinan paling besar faktor yang mempengaruhi fenomena ini ialah pertambahan bilangan ladang tanaman ubah suai genetik (GM) yang mempunyai sifat rintang serangga perosak telah ditanam sekitar 40 % di ladang jagung di Amerika Syarikat. Di Jerman jumlahnya hanya sekitar 0.06 % yang hanya merangkumi kawasan di sebelah timur Mecklenburg dan Brandenburg. Beliau telah menghantar beberapa saintis untuk membuat kajian di kawasan tersebut dan mencari hubungan antara tanaman GM dan penyakit yang dialami oleh lebah.

Kajian yang dibuat di Universiti of Jena berkisar mengenai kesan debunga daripada jagung GM jenis Bt (Bt Corn) terhadap lebah memberi satu pandangan baru. Sifat jagung Bt yang tahan daripada serangan serangga perosak ialah dengan mengeluarkan rembesan toksik kepada serangga perosak tersebut. Setakat ini tidak ada bukti kukuh kes yang berlaku melibatkan jagung Bt tetapi apabila para saintis tersebut memberi racun jenis Bt kepada lebah yang diuji, jangkitan parasit berlaku kepada lebah tersebut yang membawa kepada maut. Antibodi lebah tersebut terus hilang dan ini dapat dilihat melalui jangkitan parasit terhadap lebah tersebut.

Mengikut Profesor Hans-Hinrich Kaarz daripada University of Halle yang juga merupakan salah seorang daripada Direktor kajian tersebut, beliau menyifatkan jangkitan parasit itu mungkin berlaku akibat kesan toksik yang telah mengubah permukaan usus lebah tersebut seterusnya memberi peluang kepada parasit untuk masuk. Eksperimen itu dikendalikan dengan meningkatkan kepekatan toksin tersebut sebanyak sepuluh kali ganda daripada kandungan yang biasa terdapat dalam debunga Bt selama 6 minggu.

Itulah kes yang berlaku di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat yang dicanangkan sebagai Negara yang maju lagi moden. Kejayaan dalam bidang sains dan teknologi telah menjadikan mereka angkuh dan bongkak dalam mengatur ekologi yang jelas telah sempurna ditetapkan Tuhan. Tangan-tangan saintis yang bersifat sekularisme itu telah menidakkan peranan Tuhan dalam mengatur alam.

Dalam kes ini, hanya semata-mata untuk meningkatkan keuntungan dalam produksi pertanian, mereka telah mengubah sifat asal sesuatu tanaman dengan penggunaan bioteknologi. Mungkin di satu sudut kita lihat kebaikan daripada teknologi ini, tapi di satu sudut yang lain, seperti mana yang berlaku terhadap koloni lebah telah jelas menunjukkan bahayanya apabila kita cuba menjadi Tuhan. Kes sebegini perlu dikaji dengan lebih mendalam oleh para intelektual Islam agar kita tidak menjadi seperti mereka dengan membawa analisa dan paradigma yang lebih holistik dalam isu ini.

Selain daripada lebah, mangsa teknologi GM yang radikal ini mengenai serangga bukan sasaran ( non target species) yang lain seperti kupu – kupu Monarch yang merupakan spesis kebanggaan di US. Apa yang berlaku terhadap serangga – serangga bermanfaat ini terhadap sistem pendebungaan semulajadi ini adalah , mereka keracunan, mati dan semakin pupus akibat daripada menghisap madu dari debunga tanaman GM . Inilah manfaat teknologi tanaman yang di ubah suai yang di dakwa dan di gembar – gemburkan oleh pihak – pihak yang terlibat dalam usaha membangunkan penyelidikan dan pemberian dana kepada penyelidikan tersebut dan syarikat multinasional barat yang menerajui bidang ini untuk di komersialkan atas nama keuntungan ekonomi.

Hakikat sebenarnya, teknologi bioteknologi dalam bidang pertanian sama sekali tidak mampu memberikan hasil tanaman yang berkualiti tinggi, tidak langsung mengurangkan penggunaan racun serangga, tidak membantu meninggikan taraf ekonomi petani, tidak meningkatkan hasil pendapatan Negara dalam bidang pertanian, malah tidak juga mengurangkan masalah kebuluran bagi Negara miskin. Teknologi yang masih di ragui manfaatnya berbanding kesan buruk yang telah di buktikan di peringkat antarabangsa. Hasil daripada penyelidikan badan bebas antarabangsa terhadap teknologi GM yang telah wujud lebih dahulu di Negara mereka berbanding Malaysia yang masih lagi bertatih dalam membangunkan usaha ini. Adalah wajar bagi Malaysia untuk menyelidiki dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Negara dunia sebelum perkara yang buruk turut kita ulangi, alami dan rasai impaknya.

Oleh :

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal / rausyanfikir
www.rausyanfikir.com

10 Julai 2009

Poster H1N1


H1N1 kian serius, galak bertopeng muka, amal 'etika batuk'

kemaskini 5.59pm Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.

Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.

Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.

"Gejala kejadian bermula antara 4 hingga 8 Julai 2009.

"Punca kejadian kemungkinan berlaku di syarikat berkenaan berdasarkan siasatan mendapati syarikat berkenaan sentiasa menerima pelawat-pelawat dari luar negara," kata menteri kesihatan.

Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu.

Sehingga kini jumlah keseluruhan penularan tempatan 159 kes.

Semalam, kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).

"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.

"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan," kenyataan kementerian dipetik.

Liow juga berkata, susulan merebaknya wabak tersebut di syarikat swasta itu dan ALAM, "ini memberi petunjuk awal bahawa terdapat penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti."

"Kementerian Kesihatan perlu membuat persediaan proaktif kepada
perkara ini," kata Liow.

"Jika penularan dalam komuniti ini tidak dikawal dengan baik, penularan akan meluas dengan cepat dan akan melibatkan kes-kes yang banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal, kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."

Liow menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:
-Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.

Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.

-Kes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.

Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

-Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang
bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.

Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari.

http://www.malaysiakini.com/news/108152

GRO bersama pelancong kena H1N1

Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) disahkan mendapat jangkitan virus influenza A (H1N1) hari ini daripada seorang pelancong Oman yang bercuti di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini.

GRO 33 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, manakala pelancong 34 itu yang mendapat rawatan di tempat yang sama disahkan kelmarin.

GRO itu antara 45 lagi kes baru jangkitan wabak tersebut yang dikesan negara ini, termasuk 22 kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 513 kes.

Sehingga kini 378 kes dikelaskan sebagai import dan 135 kes lagi tempatan.

Dalam kenyataan media harian berkenaan pandemik itu, Kementerian Kesihatan membuat pembetulan statistik pesakit yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital seperti dilaporkan Malaysiakini semalam.

"Jumlah sebenar pesakit yang telah sembuh adalah seramai 348 orang dan bukannya 335 pesakit seperti yang dilaporkan (dalam kenyataan medianya semalam)," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.

"Manakala dua kes yang dilaporkan di Hospital Labuan (semalam) sebenarnya adalah 'kes dalam siasatan' dan bukannya kes yang disahkan."

Daripada jumlah keseluruhan pesakit influenza A (H1N1), 430 orang atau 84 peratus telah sembuh dan telah discaj dari hospital, 83 lagi sedang dirawat di hospital.

Kementerian juga mendedahkan perkembangan penyakit seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih.

"Ujian makmal mengesahkan enam (orang) daripada lapan sampel yang diuji berkeputusan positif bagi jangkitan influenza A (H1N1)," kata Dr Mohd Ismail lagi.

"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.

"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan."

Daripada 45 kes baru melibatkan 38 rakyat Malaysia, termasuk 20 orang yang mendapat jangkitan tempatan. Lima kes tempatan ini
peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC), Pulau Pinang.

Sementara dua lagi warganegara asing yang menuntut di ALAM.

Empat daripada lima peserta APPC itu merupakan kontak kes 191, seorang pelajar 20 tahun warga Indonesia dari Bandung yang tiba 23 Jun lalu untuk menghadiri seminar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kontak kepada 17 peserta APPC yang kemudiannya turut dijangkiti wabak.

Kes 191 juga pernah menyebarkan jangkitan kepada dua orang yang disahkan semalam.

Seramai 83 pesakit yang masih dirawat ditempatkan di: Hospital Kuala Lumpur (22 pesakit), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (17), Hospital Miri (5), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (5), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (4), Hospital Pulau Pinang (4), Hospital Sungai Buloh (4), Hospital Melaka (3), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (3), Hospital Batu Pahat (3), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (3), Hospital Umum Sarawak (2), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (2), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (2), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (1), Hospital Tawau (1), Hospital Bintulu (1) dan Hospital Tumpat (1).

Kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah seramai 1,109 orang, dengan enam kontak dikesan mempunyai gejala seakan-akan influenza.

Sehingga pagi ini, tiada sekolah baru ditutup dan tiada kematian akibat influenza A (H1N1), kata kata Dr Mohd Ismail lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/108078

08 Julai 2009

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail a.s. berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu)
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

07 Julai 2009

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

1 hari = 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60 th - 70 th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:
waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

05 Julai 2009

BERITA TERKINI SELSEMA BABI/H1N1

Laporan terakhir : Kini telah lebih dari 100,000 warga dunia dari pelbagai negara telah dihinggapi oleh selsema babi H1N1.

Di United Kingdom – 7,447 orang telah diserang hingga ke hari ini. Besar kemungkinan akan merebak ke 100,000 orang untuk setiap hari pada bulan Ogos ini. Data ini dari laporan resmi Parlimen British awal petang ini.

Di Amerika Syarikat hingga Khamis kelmarin 27,725 warga telah dijangkiti – laporan ini di pungut dari Center for Disease Control and Preventation Atlanta. Seramai 127 warga Amerika telah meninggal dunia akibat virus ini.

Mengikut The European Center for Disease Preventation and Contol – Khamis kelmarin terdapat 69,177 warga pelbagai negara sedang di serang selsema babi. Jumlah yang mati hingga ke hari ini ialah 328.

Di Malaysia terdapat 47 kes terbaru H1N1, 6 jangkitan tempatan – ini berlaku dalam masa 24 jam yang lalu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Ismail Merican.

Ketua Pengarah Kesihatan juga berkata, jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

“Tiada kematian dilaporkan. Seramai 175 pesakit telah pun sembuh dan dibenarkan pulang dan 116 lagi masih dirawat di hospital dan kesemuanya dalam keadaan stabil tanpa sebarang komplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ubat suntikan terbaru untuk melawan virus H1N1 ini hanya akan tersedia pada bulan Ogos depan. Menurut laporan berita yang diterima dari Eropah para saintis sedang membuat kaji selidik tanpa rehat untuk menyediakan suntikan ini secepat mungkin.