05 Julai 2009

BERITA TERKINI SELSEMA BABI/H1N1

Laporan terakhir : Kini telah lebih dari 100,000 warga dunia dari pelbagai negara telah dihinggapi oleh selsema babi H1N1.

Di United Kingdom – 7,447 orang telah diserang hingga ke hari ini. Besar kemungkinan akan merebak ke 100,000 orang untuk setiap hari pada bulan Ogos ini. Data ini dari laporan resmi Parlimen British awal petang ini.

Di Amerika Syarikat hingga Khamis kelmarin 27,725 warga telah dijangkiti – laporan ini di pungut dari Center for Disease Control and Preventation Atlanta. Seramai 127 warga Amerika telah meninggal dunia akibat virus ini.

Mengikut The European Center for Disease Preventation and Contol – Khamis kelmarin terdapat 69,177 warga pelbagai negara sedang di serang selsema babi. Jumlah yang mati hingga ke hari ini ialah 328.

Di Malaysia terdapat 47 kes terbaru H1N1, 6 jangkitan tempatan – ini berlaku dalam masa 24 jam yang lalu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Ismail Merican.

Ketua Pengarah Kesihatan juga berkata, jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

“Tiada kematian dilaporkan. Seramai 175 pesakit telah pun sembuh dan dibenarkan pulang dan 116 lagi masih dirawat di hospital dan kesemuanya dalam keadaan stabil tanpa sebarang komplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ubat suntikan terbaru untuk melawan virus H1N1 ini hanya akan tersedia pada bulan Ogos depan. Menurut laporan berita yang diterima dari Eropah para saintis sedang membuat kaji selidik tanpa rehat untuk menyediakan suntikan ini secepat mungkin.

Tiada ulasan: