31 Julai 2009
Konspirasi Kematian Michael Jackson
Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun..
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA .
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
"Saya suka MJ... Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya".
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
28 Julai 2009
Wanita Muslim, Hak Asasi Dan Politik Tudung
"Dua isu besar dalam politik dunia tetapi agak kurang mendapat perhatian, tercetus akibat politik di Eropah dalam tempoh beberapa bulan lalu. Kecaman Presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap pemakaian hijab oleh wanita Muslim di negara itu dan pembunuhan seorang wanita berketurunan Mesir, Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman oleh seorang ekstremis.
Tidak seperti kes karikatur di akhbar Denmark beberapa tahun lalu, dua kes ini tidak menyentuh sensitiviti seperti kes karikatur itu, disebabkan ketersampaian rendah kepada berita itu di dunia Muslim dan ketiadaan usaha membina respons terhadap isu itu seperti dalam kes karikatur Denmark.
Apapun, berlakunya dua peristiwa itu di Eropah menimbulkan sesuatu yang wajar sekali diberi perhatian oleh aktivis politik dan masyarakat sivil Muslim terutamanya. Dan lebih penting lagi, dua peristiwa itu diperhatikan bukan sebagai hanya tindakan keras atau ketidakadilan terhadap wanita dan minoriti, tetapi juga melalui perspektif yang lebih besar. Dalam wacana hak asasi manusia dunia, hampir menjadi satu konsensus bahawa pemakaian tudung atau hijab dibaca sebagai lebih daripada pilihan pakaian seorang wanita, tetapi sesuatu yang terzahir daripada dasar politik dan budaya yang tidak progresif. Apabila isu wanita ditimbulkan melibatkan masyarakat Muslim, hampir pasti isu berkenaan akan diletakkan di bawah tajuk besar “penindasan terhadap wanita” yang berdasarkan pada agama.
Isu penindasan wanita juga menjadi satu topik yang menjadi tumpuan aktivis hak asasi wanita di Barat. Jika dilihat di kedai-kedai buku, topik mengenai penindasan wanita di negara-negara boleh memenuhi satu ruang yang agak besar di sebuah rak. Ini membuktikan kedudukan penting topik ini dalam wacana hak asasi manusia Barat. Pada masa sama, kumpulan-kumpulan wanita di negara majoriti Muslim yang berkongsi pandangan dengan para aktivis Barat juga melakukan usaha yang sama. Hal ini dapat dilihat semasa kekuasaan Taliban di Afghanistan. Pihak Taliban menjadi sasaran sebahagian besar media Barat dan seluruh dunia. Pada masa itu, Taliban menjadi “villain” utama dalam drama politik dunia.
Secara konsisten dan berterusan, kumpulan wanita di Barat menggerakkan kempen menyerang Taliban dan fahaman yang dipegang mereka. Ini jelas menunjukkan kesatuan dan susunan gerakan yang efisyen pihak terbabit, walaupun kebenaran apa yang mereka sampaikan banyak yang boleh dipertikaikan. Begitu juga dengan kes Darfur di Sudan, yang dengan mudah dapat diletakkan di bawah tajuk penindasan terhadap wanita. Kes-kes rogol oleh militia yang dapat dikaitkan dengan kerajaan yang dikuasai oleh sebuah gerakan Islam berjaya ditonjolkan sebagai penindasan terhadap wanita yang berdasarkan fahaman agama.
Dalam naratif kisah-kisah di atas dan banyak lagi kes lain, apa yang paling mudah dibaca walaupun tanpa mengetahui perincian kes-kes tersebut ialah betapa tidak selarinya agama Islam dengan pembebasan wanita. Ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa ramai aktivis hak asasi Muslim berkiblat ke Barat dan menerima hampir semua wacana Barat membabitkan isu wanita dan hak asasi manusia.
Di Malaysia, hal yang hampir sama dapat diperhatikan pada Sisters in Islam, yang hanya bersedia diwawancara oleh media tertentu dengan hasil wawancara yang kelihatan seperti telah disediakan lebih awal, tanpa soalan-soalan kritikal yang sukar dijawab. Kumpulan ini juga, dalam wawancara terbabit, cenderung untuk mengemukakan kes-kes paling buruk melibatkan lelaki, seperti pencapaian akademik yang sangat buruk berbanding pelajar perempuan dan pelbagai kes lain. Hal yang sama tidak dapat dilihat di dunia Muslim melibatkan aktivis Muslim. Kes-kes seperti pembunuhan Marwa di Jerman dan sikap Sarkozy terhadap pemakaian hijab tidak mendapat respons tegas daripada aktivis Muslim.
Ini mungkin mempunyai kaitan dengan fokus yang sangat sedikit diberikan oleh aktivis Muslim atau gerakan Islam kepada isu-isu wanita. Dan perlu diakui juga, dalam banyak gerakan Islam termasuk di Malaysia, peranan dan kepimpinan wanita agak tidak diberi perhatian, sesuatu yang mungkin disebabkan oleh wacana agama gerakan Islam itu. Isu wanita masih menjadi sesuatu yang marginal dalam gerakan Islam, seperti juga isu membabitkan alam sekitar. Sekiranya disentuh, ia biasanya hanya berlaku pada tahap yang tidak mendalam, dengan hanya disertakan beerapa petikan ayat al-Quran dan sedikit ulasan.
Sekiranya diperhatikan dengan lebih mendalam, dapat dikesan perhatian yang sangat sedikit diberikan kepada isu wanita oleh gerakan Islam. Dalam banyak kes, jawapan atau respons yang diberikan mendedahkan pemahaman yang kurang berhubung isu terbabit, serta menunjukkan ketidakupayaan gerakan Islam untuk bercakap dalam bahasa hari ini, seperti yang difahami kebanyakan orang. Isu berkaitan wanita tidak seharusnya dimonopoli Barat yang masyarakatnya sendiri menyaksikan satu paradoks berhubung kebebasan wanita. Masyarakat Barat sendiri, malah dalam kalangan feminis sendiri, masih banyak isu yang menyaksikan jurang yang sangat luas, dengan pemahaman dan penerimaan berbeza terhadap isu-isu melibatkan wanita.
Malah, kenyataan Sarkozy telah mendedahkan prejudis yang seolah-olah dimaafkan atau dibenarkan di Barat, kerana ketidakadilan itu melibatkan masyarakat yang lain, yang hampir tidak berhak mendapat hak seperti sebahagian besar masyarakat. Aktivis Muslim dan gerakan Islam sendiri perlu meningkatkan wacana mereka berhubung isu wanita, untuk membina pemahaman yang lebih sofistikated terhadap isu penting ini. Melalui usaha inilah mereka akan dapat memberikan respons sewajarnya kepada isu-isu wanita
http://addin77.blogspot.com/
27 Julai 2009
Dalil Pengharaman Meniru Ritual Orang Kafir
kalau nak dalil pengharaman bersama-sama menyambut/meniru ritual orang kafir memang dah disepakati ulama. tak ada khilaf lagi.
1."Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan
mereka" (Riwayat Abu Daud, sahih).
2. "Dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya Telah diturunkan Al Kitab kepadanya, Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik". (QS.al hadid ayat 16).
3. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim" (QS. al maidah: 51).
4. "Sungguh kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kalian selangkah demi selangkah, hingga apabila mereka memasuki lubang dhab(biawak), niscaya kalian mengikutinya. Para sahabat bertanya, apakah maksudnya orang-orang yahudi dan nasrani? Beliau berkata: siapa lagi kalau bukan mereka." (HR. Bukhari Muslim).
5. Tsabit bin ad Dhahhak ra berkata: Pada masa rasulullah saw ada seseorang yang bernadzar akan menyembelih unta di suatu tempat yang bernama bawwanah lalu ia datang kepada nabi saw dan berkata kepada beliau: sungguh aku telah bernadzar akan menyembelih unta di bawwanah, maka nabi saw berkata: "Apakah dulu di sana ada salah satu berhala orang jahiliyah yang disembah?" Para sahabat berkata: tidak, nabi bertanya lagi: "Apakah dulu di sana pernah diadakan peringatan hari keagamaan mereka?" Sahabat berkata: tidak, maka nabi saw berkata: "laksanakanlah nadzarmu, karena tidak boleh melaksanakan nadzar dalam kemaksiatan kepada Allah, dan tidak pula pada suatu hal yang tidak bisa dilakukan oleh manusia". (HR. Abu Daud).
6. Ibnu Taimiyah berkata: ((tidak halal bagi umat islam meniru apa saja yang merupakan ciri khas hari raya mereka, baik makanan, pakaian, mandi, menyalakan api, meninggalkan kegiatan keseharian baik pekerjaan maupun ibadah, dan tidak boleh melakukan makan-makan, memberi hadiah, atau menjual barang-barang yang dipakai untuk merayakan hari besar mereka, tidak boleh juga membiarkan anak-anak ikut bergembira atau berpakaian yang bagus. Tegasnya, pada waktu hari raya orang kafir, umat islam tidak boleh melakukan acara husus, akan tetapi melakukan aktifitas sebagaimana hari-hari biasa)) lihat: majmu' fatawa 52/923.
7. Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."
8. Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.
9.Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.
10. Tinggalkan cara Majusi (jangan meniru Majusi). H/R Muslim.
11. Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliah. H/R al-Bukhari.
12.hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan (mereka sehingga ke akhirat).
13. "Barangsiapa yang membuat sesuatu tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut ditolak"(HR Bukhari- Muslim)
14. “Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)
15. “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas (terang) dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
16. As-Syeikh Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz menyebut lebih kurang :
“Maka menjadi kemestian ke atas orang-orang yang beriman menjauhi dari menyerupai musuh-musuh Allah dalam semua urusan hingga dapat dibezakan mereka dengan musuh mereka……. Akan tetapi jika terdapat perkara yang berkonsinya antara orang muslim dan orang kafir, maka perkara ini tidak termasuk di dalam menyerupai mereka, bahkan tidak dilarang untuk kita menggunakannya seperti menaiki kapal terbang, menaiki kereta, keretapi, walaupun mulanya perkara ini dimulai oleh musuh-musuh Allah, namun Allah telah memudahkan perkara ini untuk kita menfaatkannya…… Maka perkara-perkara yang dapat dimanfaatkan oleh orang muslim harus mereka mengambilnya walaupun ianya dari musuh-musuh mereka. Dan ini tidak dinamakan sebagai tasyabbuhan (penyerupaan) kerana ianya daripada musuh dan dapat dimanfaat secara am oleh orang-orang muslimin. Demikian juga perkara yang berkongsi orang-orang muslim dengan orang-orang kafir dan perkara tersebut telah menjadi adat kepada mereka semua, maka perkara sebegini juga tidak termasuk di dalam menyerupai orang kafir. Adapun yang dikatakan menyerupai itu terjadi dalam perkara yang dikhususkan kepada mereka seperti dari pakaian-pakaian mereka yang khusus “.
17. Kami katakan, mashalih mursalah tidak pantas dijadikan dalil tersendiri, bahkan kami katakan, bahwa mashalih mursalah itu, jika terbukti bahwa itu maslahat, maka dibenarkan syari’at bahwa itu itu benar dan diterima serta termasuk yang disyari’atkan. Namun jika terbukti bahwa itu batil, maka itu tidak termasuk maslahat-maslahat sampingan, walaupun pelakunya mengklaim demikian. Jika tidak termasuk ini dan tidak juga yang itu, maka dikembalikan kepada asalnya; jika bukan merupakan ibadah, maka pada dasarnya halal. Dengan demikian jelaslah bahwa akibat-akibat sampingan itu tidak bisa dijadikan sebagai dalil tersendiri.
[Fatawa Al-Aqidah, Syaikh Ibnu Utsaimin, hal. 255-256]
18. " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. " (QS.Al-Maidah : 2)
19."Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)
Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid, al-Dhohak , Ikrimah dan yang lainnya bahawasanya iaitu tidak menyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.
20. Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.
21. Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.
22. Yusur al-Qaradhawi berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :
"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"
23. Jika kamu kufur, sesungguhnya Allah tidak berhajat sesuatu daripada kamu, dan Dia (Allah) tidak redha akan kekufuran hamba-hambanya, dan jika kamu bersyukur nescaya Dia meredhai kamu dengan kesyukuranmu itu." (al-Zumar : 7)
24. Janganlah kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani. Cara salam orang-orang Yahudi adalah dengan isyarat (jari tangannya), sedangkan cara salam orang-orang Nasrani adalah dengan (telapak) tangannya. (HR at-Tirmidzi).
25. Masih banyak lagi perkara-perkara lain yang secara sengaja Rasulullah saw. membedakan diri dengan orang-orang kafir maupun musyrik, seperti membedakan dua hari raya (Nairuz dan Maharjan, perayaan bangsa Persia) dengan dua Id (yakni Idul Fitri dan Idul Adha). Dibolehkan bergaul dengan istri yang sedang haid kecuali berhubungan suami istri. Hal ini amat berbeda dengan kebiasaan orang Yahudi yang menjauhkan istri-istri mereka yang haid bahkan tidak boleh berkumpul (makan bersama). Rasulullah saw. membolehkan mengecat rambut, sedangkan kebiasaan orang Yahudi dan Nasrani saat itu tidak mengecat rambutnya. Demikian seterusnya.
Perbuatan Rasulullah saw ini. membuat jengkel dan geram orang-orang kafir. Mereka (orang-orang Yahudi) sampai mengatakan, “Orang ini (Rasulullah saw.) selalu saja tidak pernah rela melihat kebiasaan yang kita lakukan, melainkan ia segera melakukan sesuatu yang berlawanan.” (HR Muslim).
Imam Ibn Hajar al-Asqalani telah mengumpulkan perbuatan-perbuatan dan kebiasaan Rasulullah yang secara sengaja membedakan diri hingga berjumlah sekitar 30 macam. Semuanya dikumpulkan dalam kitabnya secara khusus, yang berjudul, Al-Qawli ats-Tsâbit fi ash-Shawmi Yawmu as-Sabt.
26. Dari Abu ‘Umair bin Anas dari bibinya yang termasuk shahabiyah anshor, “Nabi memikirkan bagaimana cara mengumpulkan orang untuk shalat berjamaah. Ada beberapa orang yang memberikan usulan. Yang pertama mengatakan, ‘Kibarkanlah bendera ketika waktu shalat tiba. Jika orang-orang melihat ada bendera yang berkibar maka mereka akan saling memberi tahukan tibanya waktu shalat’. Namun Nabi tidak menyetujuinya. Orang kedua mengusulkan agar memakai teropet. Nabipun tidak setuju, beliau bersabda, ‘Membunyikan terompet adalah perilaku orang-orang Yahudi.’ Orang ketiga mengusulkan agar memakai lonceng. Nabi berkomentar, ‘Itu adalah perilaku Nasrani.’ Setelah kejadian tersebut, Abdullah bin Zaid bin Abdi Robbihi pulang dalam kondisi memikirkan agar yang dipikirkan Nabi. Dalam tidurnya, beliau diajari cara beradzan.” (HR. Abu Daud, shahih)
27. “Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun itu bapak-bapak, anak-anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga mereka.” (QS. Al-Mujadalah: 22)
28. “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syari’at (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syari’at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (QS. Al-Jatsiyah: 18)
29. Ibn Hajar al-Asqalani berkata:
"Rasulullah saw. sering meniru-niru ahli kitab untuk menarik simpati mereka dan apa yang dilakukannya itu berlawanan dengan perbuatan orang musyrik. Tatkala orang-orang musyrik banyak yang masuk Islam (di Madinah), sementara ahli kitab (banyak yang) tetap mempertahankan kekufurannya, maka Rasulullah saw. segera meninggalkan perbuatannya yang meniru-niru ahli kitab." (Fath al-Bâri, jld. X/361-362).

26 Julai 2009
Penipuan Jurutera Komputer
Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.
Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.
Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page
Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-
yang ditekan oleh technician tersebut.
1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.
2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.
3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.
4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.
5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.
Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.
Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.
Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.
Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.
Beringat-ingatlah..
Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat
Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.
"Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.
"Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.
Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?
Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.
Manusia yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam beberapa hari. Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask' di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.
SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM
Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.
Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.
Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.
Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.
PENGALAMAN KE KLINIK
Pengalaman beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.
Ramai yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor, tiada prescription untuk antiviral, tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.
Ramai yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.
SENARAI PERLU DAN JANGAN
Apa yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat memanfaatkkanya:-
1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA' QADAR.
Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.
Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-
لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟
Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )
Allah swt mengingatkan :-
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )
Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).
Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :
فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد
Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)
Manakala di dalam sebuah hadis lain :-
لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ
Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)
Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.
Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-
· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.
· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.
· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.
Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.
2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA
Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.
Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.
3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK
Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.
Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk Sohih Muslim)
Nabi s.a.w :-
إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.
Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.
Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.
3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR
Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-
· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.
· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.
· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.
Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.
4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ
Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-
* Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
* Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
* Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
* Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.
Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:
* Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-
لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة
Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"
Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)
* Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.
* Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-
كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله
Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)
* Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
Firman Allah swt :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.
Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.
Akhirnya hayatilah kata nabi ini
عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)
Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.
Sekian

ADAT ATAU IBADAT?
Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa.
Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.
Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar.
ADAT ADALAH HARUS
Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.
Kaedah fiqh menyebut;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”
Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”
(Surah Al-Baqarah : 25)
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.

25 Julai 2009
Perkara Halal Haram
DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah(harus). Tidak ada satupun yang haram, kecuali datang nas yang sah dan tegas dari syara' (yang membuat hukum itu sendiri, yaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah, misalnya kerana ada sebagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (Soreh) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah.
"Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keldai hutan, maka jawab beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan buat kamu." (Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)
Rasulullah tidak ingin memberikan jawapan kepada si penanya dengan menerangkan satu persatunya, tetapi baginda mengembalikan kepada suatu kaedah yang kiranya dengan kaedah itu mereka dapat diharamkan Allah, sedang lainnya halal dan baik.
Dan sabda Rasullah lagi,
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
Di sini jelaslah kaedah asal segala sesuatu adalah halal ini tidak hanya terbatas dalam masalah benda, tetapi meliputi masalah perbuatan dan pekerjaan yang tidak termasuk daripada urusan ibadah, yaitu yang biasa kita istilahkan dengan Adat atau Mu'amalat. Pokok pangkal, dalam masalah ini tidak haram dan tidak terikat, kecuali sesuatu yang memang oleh syaria' sendiri telah diharamkan dan dikonkritkannya sesuai dengan firman Allah:
"Dan Allah telah memerinci kepadamu sesuatu yang Ia telah haramkan atas kamu." (al-An'am: 119)
Ini, adalah kerana hakikat AGAMA @ IBADAH-- itu tercermin dalam dua hal, yaitu:
1. Hanya Allah lah yang disembah.
2. Untuk menyembah Allah, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkannya.
Oleh kerana itu, barangsiapa mengada-ada suatu cara ibadah yang timbul dari dirinya sendiri --apapun macamnya-- adalah suatu kesesatan yang harus ditolak. Sebab hanya syari'lah yang berhak menentukan cara ibadah yang dapat dipakai untuk bertaqarrub kepadaNya.
Adapun masalah Adat atau Mu'amalat, sumbernya bukan dari syara', tetapi manusia itu sendiri yang menimbulkan dan mengadakan. syara' dalam hal ini tugasnya adalah untuk membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengakui, kecuali dalam beberapa hal yang memang akan wujud kerosakan dan mudharat.

21 Julai 2009
Lebah-lebah Mati Akibat Aids?
Saintis yang paling terkenal pada abad ke-20 iaitu Albert Enstein pernah berbicara berkenaan dengan Lebah.
“Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama 4 tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada tumbuhan, tiada binatang, dan tiadalah manusia”
Agak pelik seorang ahli fizik terkemuka berbicara mengenai subjek yang diluar bidangnya iaitu biologi. Walau bagaimanapun, peringatan yang diberi oleh Enstein ini telah memberi satu petanda yang cukup penting untuk kita yang sedang melangkah maju dalam abad ke-21 ini.
Siapa sangka perkara yang dibicarakan Enstein itu benar-benar berlaku pada tahun 2005.Walter Haefeker, Naib Presiden Persatuan Penjaga Lebah Profesional Eropah telah menimbulkan rasa resahnya pada keadaan yang berlaku kepada koloni lebah di Eropah.
Tanpa diketahui sebabnya, populasi lebah di Jerman semakin menghilang dan ini memberi kemudaratan kepada penjaga-penjaga lebah di sana. Di Amerika Syarikat berbeza pula, dimana populasi lebah mati secara mendadak dalam kuantiti yang banyak yang akan memberi kesan ekonomi yang besar kepada sektor yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Tiada siapa yang mengetahui sebab mengapa populasi lebah-lebah itu musnah tetapi sesetengah saintis percaya bahawa bencana ini berlaku akibat daripada tanaman tumbuhan ubah suai genetik (genetically modified plants) atau tumbuhan transgenic secara besar-besaran di US sebagai salah satu faktor
Laporan daripada Persatuan Penjaga Lebah Bavaria di Jerman pernah melaporkan bahawa sebanyak 12% daripada populasi lebah tempatan telah berkurangan. Felix Kriechbaum, salah seorang daripada ahli persatuan tersebut menjelaskan bahawa “ jikalau populasi lebah hilang tanpa kesan, agak sukar untuk kami melakukan siasatan kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mati di dalam sarang mereka.” Terdapat banyak sebab yang membolehkan lebah-lebah tersebut hilang deria orientasi yang akan menyebabkan lebah-lebah tersebut tidak mampu pulang ke sarang mereka semula.
Presiden Persatuan Penjaga Lebah Jerman, Manfred Hederer pula melaporkan bahawa sebanyak 25 % penurunan jumlah populasi lebah di seluruh Jerman. Tambahnya lagi “dalam kes terpencil pernah berlaku penurunan sebanyak 80 % jumlah populasi lebah”. Beliau menjangkakan terdapat “ toksin - bahan kimia yang tidak biasa diketahui” yang mungkin membunuh lebah-lebah tersebut.
Di Amerika berlaku bencana yang lebih dahsyat. Penjaga lebah di pantai timur Amerika Syarikat melaporkan mereka telah kehilangan sebanyak 70 peratus bilangan lebah mereka manakala di pantai barat, mengalami penurunan sehingga 60 peratus. Dalam satu artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar New York Times dalam ruangan bisnes menekankan bahawa “ kesan yang buruk bakal diterima sektor pertanian Amerika jikalau lebah-lebah berterusan mati”. Pakar di Universiti Cornell memperjelaskan lagi hipotesis New York Times dengan menganggarkan jumlah keuntungan yang diperoleh melalui penglibatan lebah-lebah dalam pendebungaan buah-buahan, dan sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kepada manusia dan haiwan ternakan berjumlah kira-kira 15 bilion US dolar.
Komuniti saintis menggelarkan fenomena misteri ini sebagai Colony Collapse Disorder (CCD) yang semakin pantas bertukar menjadi masalah nasional. Ada juga saintis yang melabel masalah ini sebagai “ AIDS kepada industri penjagaan lebah”. Apa yang pasti adalah berjuta lebah telah hilang begitu sahaja. Yang hanya tinggal dalam sarang ialah anak-anak yang pasti akan mati kerana tidak diberi makanan oleh lebah-lebah dewasa yang hilang tersebut. Lebih ganjil, lebah-lebah yang mati itu tidak dijumpai di dalam sarang ataupun di sekitar kawasan sarang mereka. Saintis yang sedang melakukan penyiasatan turut berasa hairan kerana simptom yang di paparkan dalam kes ini tidak dapat dirujuk dalam mana-mana data dan maklumat yang tersedia ada berkenaan lebah.
Dalam banyak kes saintis masih berjaya menemui bahan bukti bahawa hampir semua virus yang berkaitan dengan lebah telah ditemui pada lebah-lebah yang dijumpai dalam sarang setelah kehilangan secara besar-besaran yang berlaku dalam koloni lebah tersebut. Sesetengah daripada lebah tersebut menerima 5 hingga 6 jenis jangkitan dan pada masa yang sama juga dijangkiti oleh kulat. Saintis membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda sebegini hanya berlaku kepada lebah yang telah musnah sistem antibodi mereka.
Kejutan lain buat para saintis yang menyelidiki kes ini ialah sarang lebah yang terbiar tidak didatangi oleh lebah-lebah dan haiwan yang lain. Kebiasaannya koloni lebah yang berdekatan atau parasit akan mencuri madu dan debunga yang ditinggalkan atas sebab yang berbeza seperti kesejukan yang melampau dalam musim sejuk. Para saintis tersebut membuat hipotesis bahawa “terdapat sesuatu yang toksik pada koloni yang tertinggal yang membuatkan haiwan lain menjauhi daripadanya”.
Walter Haefeker melihat perkara ini melebihi dari skop industri penjagaan lebah. Beliau membuat andaian bahawa kemungkinan paling besar faktor yang mempengaruhi fenomena ini ialah pertambahan bilangan ladang tanaman ubah suai genetik (GM) yang mempunyai sifat rintang serangga perosak telah ditanam sekitar 40 % di ladang jagung di Amerika Syarikat. Di Jerman jumlahnya hanya sekitar 0.06 % yang hanya merangkumi kawasan di sebelah timur Mecklenburg dan Brandenburg. Beliau telah menghantar beberapa saintis untuk membuat kajian di kawasan tersebut dan mencari hubungan antara tanaman GM dan penyakit yang dialami oleh lebah.
Kajian yang dibuat di Universiti of Jena berkisar mengenai kesan debunga daripada jagung GM jenis Bt (Bt Corn) terhadap lebah memberi satu pandangan baru. Sifat jagung Bt yang tahan daripada serangan serangga perosak ialah dengan mengeluarkan rembesan toksik kepada serangga perosak tersebut. Setakat ini tidak ada bukti kukuh kes yang berlaku melibatkan jagung Bt tetapi apabila para saintis tersebut memberi racun jenis Bt kepada lebah yang diuji, jangkitan parasit berlaku kepada lebah tersebut yang membawa kepada maut. Antibodi lebah tersebut terus hilang dan ini dapat dilihat melalui jangkitan parasit terhadap lebah tersebut.
Mengikut Profesor Hans-Hinrich Kaarz daripada University of Halle yang juga merupakan salah seorang daripada Direktor kajian tersebut, beliau menyifatkan jangkitan parasit itu mungkin berlaku akibat kesan toksik yang telah mengubah permukaan usus lebah tersebut seterusnya memberi peluang kepada parasit untuk masuk. Eksperimen itu dikendalikan dengan meningkatkan kepekatan toksin tersebut sebanyak sepuluh kali ganda daripada kandungan yang biasa terdapat dalam debunga Bt selama 6 minggu.
Itulah kes yang berlaku di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat yang dicanangkan sebagai Negara yang maju lagi moden. Kejayaan dalam bidang sains dan teknologi telah menjadikan mereka angkuh dan bongkak dalam mengatur ekologi yang jelas telah sempurna ditetapkan Tuhan. Tangan-tangan saintis yang bersifat sekularisme itu telah menidakkan peranan Tuhan dalam mengatur alam.
Dalam kes ini, hanya semata-mata untuk meningkatkan keuntungan dalam produksi pertanian, mereka telah mengubah sifat asal sesuatu tanaman dengan penggunaan bioteknologi. Mungkin di satu sudut kita lihat kebaikan daripada teknologi ini, tapi di satu sudut yang lain, seperti mana yang berlaku terhadap koloni lebah telah jelas menunjukkan bahayanya apabila kita cuba menjadi Tuhan. Kes sebegini perlu dikaji dengan lebih mendalam oleh para intelektual Islam agar kita tidak menjadi seperti mereka dengan membawa analisa dan paradigma yang lebih holistik dalam isu ini.
Selain daripada lebah, mangsa teknologi GM yang radikal ini mengenai serangga bukan sasaran ( non target species) yang lain seperti kupu – kupu Monarch yang merupakan spesis kebanggaan di US. Apa yang berlaku terhadap serangga – serangga bermanfaat ini terhadap sistem pendebungaan semulajadi ini adalah , mereka keracunan, mati dan semakin pupus akibat daripada menghisap madu dari debunga tanaman GM . Inilah manfaat teknologi tanaman yang di ubah suai yang di dakwa dan di gembar – gemburkan oleh pihak – pihak yang terlibat dalam usaha membangunkan penyelidikan dan pemberian dana kepada penyelidikan tersebut dan syarikat multinasional barat yang menerajui bidang ini untuk di komersialkan atas nama keuntungan ekonomi.
Hakikat sebenarnya, teknologi bioteknologi dalam bidang pertanian sama sekali tidak mampu memberikan hasil tanaman yang berkualiti tinggi, tidak langsung mengurangkan penggunaan racun serangga, tidak membantu meninggikan taraf ekonomi petani, tidak meningkatkan hasil pendapatan Negara dalam bidang pertanian, malah tidak juga mengurangkan masalah kebuluran bagi Negara miskin. Teknologi yang masih di ragui manfaatnya berbanding kesan buruk yang telah di buktikan di peringkat antarabangsa. Hasil daripada penyelidikan badan bebas antarabangsa terhadap teknologi GM yang telah wujud lebih dahulu di Negara mereka berbanding Malaysia yang masih lagi bertatih dalam membangunkan usaha ini. Adalah wajar bagi Malaysia untuk menyelidiki dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Negara dunia sebelum perkara yang buruk turut kita ulangi, alami dan rasai impaknya.
Oleh :
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal / rausyanfikir
www.rausyanfikir.com
10 Julai 2009
H1N1 kian serius, galak bertopeng muka, amal 'etika batuk'
kemaskini 5.59pm Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.
Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.
Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.
Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.
"Gejala kejadian bermula antara 4 hingga 8 Julai 2009.
"Punca kejadian kemungkinan berlaku di syarikat berkenaan berdasarkan siasatan mendapati syarikat berkenaan sentiasa menerima pelawat-pelawat dari luar negara," kata menteri kesihatan.
Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu.
Sehingga kini jumlah keseluruhan penularan tempatan 159 kes.
Semalam, kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).
"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.
"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan," kenyataan kementerian dipetik.
Liow juga berkata, susulan merebaknya wabak tersebut di syarikat swasta itu dan ALAM, "ini memberi petunjuk awal bahawa terdapat penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti."
"Kementerian Kesihatan perlu membuat persediaan proaktif kepada
perkara ini," kata Liow.
"Jika penularan dalam komuniti ini tidak dikawal dengan baik, penularan akan meluas dengan cepat dan akan melibatkan kes-kes yang banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal, kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."
Liow menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:
-Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.
Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.
Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.
Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.
-Kes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.
Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.
Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.
Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.
-Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang
bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.
Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari.
http://www.malaysiakini.com/news/108152

GRO bersama pelancong kena H1N1
Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) disahkan mendapat jangkitan virus influenza A (H1N1) hari ini daripada seorang pelancong Oman yang bercuti di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini.
GRO 33 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, manakala pelancong 34 itu yang mendapat rawatan di tempat yang sama disahkan kelmarin.
GRO itu antara 45 lagi kes baru jangkitan wabak tersebut yang dikesan negara ini, termasuk 22 kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 513 kes.
Sehingga kini 378 kes dikelaskan sebagai import dan 135 kes lagi tempatan.
Dalam kenyataan media harian berkenaan pandemik itu, Kementerian Kesihatan membuat pembetulan statistik pesakit yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital seperti dilaporkan Malaysiakini semalam.
"Jumlah sebenar pesakit yang telah sembuh adalah seramai 348 orang dan bukannya 335 pesakit seperti yang dilaporkan (dalam kenyataan medianya semalam)," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.
"Manakala dua kes yang dilaporkan di Hospital Labuan (semalam) sebenarnya adalah 'kes dalam siasatan' dan bukannya kes yang disahkan."
Daripada jumlah keseluruhan pesakit influenza A (H1N1), 430 orang atau 84 peratus telah sembuh dan telah discaj dari hospital, 83 lagi sedang dirawat di hospital.
Kementerian juga mendedahkan perkembangan penyakit seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih.
"Ujian makmal mengesahkan enam (orang) daripada lapan sampel yang diuji berkeputusan positif bagi jangkitan influenza A (H1N1)," kata Dr Mohd Ismail lagi.
"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.
"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan."
Daripada 45 kes baru melibatkan 38 rakyat Malaysia, termasuk 20 orang yang mendapat jangkitan tempatan. Lima kes tempatan ini
peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC), Pulau Pinang.
Sementara dua lagi warganegara asing yang menuntut di ALAM.
Empat daripada lima peserta APPC itu merupakan kontak kes 191, seorang pelajar 20 tahun warga Indonesia dari Bandung yang tiba 23 Jun lalu untuk menghadiri seminar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kontak kepada 17 peserta APPC yang kemudiannya turut dijangkiti wabak.
Kes 191 juga pernah menyebarkan jangkitan kepada dua orang yang disahkan semalam.
Seramai 83 pesakit yang masih dirawat ditempatkan di: Hospital Kuala Lumpur (22 pesakit), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (17), Hospital Miri (5), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (5), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (4), Hospital Pulau Pinang (4), Hospital Sungai Buloh (4), Hospital Melaka (3), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (3), Hospital Batu Pahat (3), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (3), Hospital Umum Sarawak (2), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (2), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (2), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (1), Hospital Tawau (1), Hospital Bintulu (1) dan Hospital Tumpat (1).
Kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah seramai 1,109 orang, dengan enam kontak dikesan mempunyai gejala seakan-akan influenza.
Sehingga pagi ini, tiada sekolah baru ditutup dan tiada kematian akibat influenza A (H1N1), kata kata Dr Mohd Ismail lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/108078

08 Julai 2009
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail a.s. berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu)
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

07 Julai 2009
'DEMI MASA' manusia selalu terlupa
1 hari = 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60 th - 70 th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:
waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

05 Julai 2009
BERITA TERKINI SELSEMA BABI/H1N1
Laporan terakhir : Kini telah lebih dari 100,000 warga dunia dari pelbagai negara telah dihinggapi oleh selsema babi H1N1.
Di United Kingdom – 7,447 orang telah diserang hingga ke hari ini. Besar kemungkinan akan merebak ke 100,000 orang untuk setiap hari pada bulan Ogos ini. Data ini dari laporan resmi Parlimen British awal petang ini.
Di Amerika Syarikat hingga Khamis kelmarin 27,725 warga telah dijangkiti – laporan ini di pungut dari Center for Disease Control and Preventation Atlanta. Seramai 127 warga Amerika telah meninggal dunia akibat virus ini.
Mengikut The European Center for Disease Preventation and Contol – Khamis kelmarin terdapat 69,177 warga pelbagai negara sedang di serang selsema babi. Jumlah yang mati hingga ke hari ini ialah 328.
Di Malaysia terdapat 47 kes terbaru H1N1, 6 jangkitan tempatan – ini berlaku dalam masa 24 jam yang lalu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Ismail Merican.
Ketua Pengarah Kesihatan juga berkata, jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.
“Tiada kematian dilaporkan. Seramai 175 pesakit telah pun sembuh dan dibenarkan pulang dan 116 lagi masih dirawat di hospital dan kesemuanya dalam keadaan stabil tanpa sebarang komplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ubat suntikan terbaru untuk melawan virus H1N1 ini hanya akan tersedia pada bulan Ogos depan. Menurut laporan berita yang diterima dari Eropah para saintis sedang membuat kaji selidik tanpa rehat untuk menyediakan suntikan ini secepat mungkin.

Langgan:
Catatan (Atom)