31 Mei 2009

Akhir Zaman

Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.


1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
>> Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.

2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:
>> Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
>> Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
>>Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:
> Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini benar kerana Amerika telah menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:
>> Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:
>>Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.


Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.

Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..

http://tazkirah.blogdrive.com/archive/cm-9_cy-2005_m-7_d-19_y-2005_o-10.html

Pesta Seks (Bezina) Remaja seawal 13 tahun.. Pesta seks pelajar IPTA

leh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu lalu. Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan seks dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, 31, yang melakukan serbuan ke pangsapuri yang dijadikan markas aktiviti jijik berkenaan, sejurus mendapat maklumat penduduk setempat.

Menurutnya, dia menerima aduan penduduk yang menyedari aktiviti terbabit kerap dilakukan sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhampiran sebuah unit pangsapuri yang disewa untuk dijadikan asrama pelajar kolej berkenaan.

“Susulan maklumat itu, saya dan beberapa penduduk menyiasat dan menyerbu kediaman terbabit pada jam 11 pagi. Selepas yakin dengan lokasi dituju, kami mengetuk pintu rumah terbabit berulang kali sebelum ia dibuka beberapa remaja lelaki.

“Kami kemudian masuk dan menyiasat kediaman terbabit. Agak mengejutkan apabila kami mendapati beberapa botol minuman keras berada di ruang tamu kediaman itu dan mulut beberapa remaja lelaki serta dua perempuan yang berada di situ turut berbau arak,” katanya.

Menurutnya, beliau kemudian mengetuk pintu tandas rumah berkenaan dan sekali lagi gempar apabila mendapati sepasang kekasih dalam keadaan separuh bogel dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalamnya. “Sebaik disoal siasat, gadis yang ditahan dalam tandas itu mengaku baru berusia 13 tahun manakala pasangannya seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun. “Ditanya mengapa mereka melakukan hubungan seks dalam tandas, pasangan terbabit memberi alasan bimbang perbuatan mereka diintai rakan lain yang turut berada dalam rumah,” katanya yang pernah terbabit dalam ratusan operasi cegah maksiat di sekitar Kajang dan Bangi sebelum ini.

Ahmadi berkata, pemeriksaan kemudian mendapati satu lagi pasangan berkurung dalam bilik tanpa menyedari rumah berkenaan diserbu penduduk. “Ketika diterjah masuk, gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah berada di atas katil bersama pasangannya yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian dikumpulkan di ruang tamu rumah terbabit sebelum disoal siasat.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat gadis yang ditahan berusia 13, 16, 18 dan 19 tahun. Semua mereka mengaku masih bersekolah dan menetap di sekitar daerah Kajang,” katanya. Menurutnya, semua 12 lelaki yang diberkas itu berusia 19 dan 20 tahun serta masih menuntut di peringkat diploma di kolej berkenaan. “Ketika ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu beramai-ramai, remaja terbabit secara selamba dan sinis menjawab mahu menikmati syurga dunia.

“Kami menghantar semua remaja perempuan terbabit pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas diberi kaunseling. Tindakan menghantar mereka pulang ke rumah dilakukan bagi memastikan ibu bapa pelajar terbabit mengetahui aktiviti sulit yang dilakukan anak masing-masing,” katanya. Katanya, ada antara ibu bapa yang ditemui terkejut sebaik diberitahu anak gadis mereka terbabit dengan gejala seks bebas bersama teman lelaki. “Namun, saya cuba menasihati mereka supaya lebih memberi perhatian dan bimbingan agama kepada anak bagi memastikan kegiatan dosa besar itu dihentikan.

“Bagaimanapun, seorang daripada gadis ditahan yang berusia 18 tahun gagal membawa kami menemui ibunya berikutan ibu gadis terbabit didakwa sedang bekerja dan masih tidak pulang dari tempat kerja,” katanya. Ahmadi yang juga kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah (Rumah Iman) Bukit Beruntung, Selangor berkata, selepas disoal siasat dan diasak dengan soalan bertubi-tubi untuk memastikan kebenaran dakwaan gadis terbabit, akhirnya rahsia pekerjaan sebenar ibunya terbongkar.

“Kami terkejut apabila gadis terbabit memberitahu ibunya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Puchong dan hasil pemeriksaan melalui telefon bimbitnya, kami turut menjumpai beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi persis gadis terbabit. “Apabila diasak, dia dengan selamba menjawab itulah gambar ibunya yang berusia lingkungan 40-an,” katanya. Menurutnya, gadis terbabit turut mengakui ibunya sering membawa balik teman lelaki ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan keji itu dilakukan bukan hanya dengan seorang lelaki, malah bertukar pasangan pada setiap masa. “Kami hanya mampu mengucap panjang mendengar kata-kata gadis itu,” katanya.

Katanya, gadis terbabit memberitahu ibu bapanya sudah lama bercerai dan mendakwa ibunya melakukan pekerjaan itu kerana tidak mampu melakukan kerja lain selain mengakui mudah untuk mencari duit dengan bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, akibat terlalu buntu memikirkan ke mana hendak membawa gadis itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menghantarnya ke rumah seorang rakannya yang turut ditahan dalam serbuan itu dan memberi nasihat supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan keji itu. “Selain itu, kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran kolej sebelum 12 pelajar lelaki berkenaan dikenakan tindakan dibuang asrama berikutan perbuatan keji mereka di asrama,” katanya.

27 Mei 2009

Water Crystal

Water crystals from the tap water which participants offered prayer to at the Vancouver seminar on Aug 15th

before offering prayer 1

before offering prayer 2

before offering prayer 3

after offering prayer 1

after offering prayer 2


http://www.masaru-emoto.net/english/vancouver.html

26 Mei 2009

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah

Oleh:
Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron (Ketua)
Prof. Madya Dr. Abdul Latif Hj, Gapor
Dr. Md Nasir bin Masran
Encik Abdul Halim bin Ibrahim
Dr. Mariam binti Mohamed Nor

Kod Penyelidikan UPSI: 03-12-95-05
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris


Beberapa dapatan dan kesimpulan penting daripada hasil kajian

1. Lebih 85% pelajar melaporkan bahawa guru mereka mengajar Matematik dan Sains dengan mengguna dwi-bahasa: campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Ini ialah kerana guru ingin membantu muridnya yang ramai lemah Bahasa Inggeris untuk memahami apa yang diajar.
2. Dapatan Ujian Sains sampel murid Tahun 5, Januari 2008, menunjukkan min skor Sains keseluruhan sampel hanya 4.28 daripada maksimum 14.00. Ini menunjukkan prestasi am Sains murid-murid semua keturunan Tahun 5 amat rendah.
3. Min skor Sains murid Melayu adalah lebih rendah (4.11) dari min skor murid Cina (7.22) dan India (4.64).
4. Seramai 83% murid Tahun 5 dari semua keturunan (sampel tinjauan Januari 2008) mendapati ’sukar/kadang-kadang sukar’ mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. Hanya 17% yang menyatakan ’senang’ mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris.
5. Min skor Ujian Matematik keseluruhan sampel Januari 2008 ialah 7.89 daripada skor maksimum 20.0, menunjukkan prestasi am Matematik murid-murid Tahun 5 ini adalah rendah.
6. Min skor murid Melayu (7.66) adalah lebih rendah dari min skor murid Cina (13.03) dan India (8.21).
7. Tinggi peratus (lebih 75%) murid Tahun 5 dari semua keturunan (dalam kedua-dua sampel Februari 2007, dan sampel Januari 2008) yang mendapati ‘sukar/kadang-kadang sukar’ mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka kurang faham pengajaran guru Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Lebih tinggi peratus yang sukar mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan Matematik.
8. Lebih tinggi (purata lebih 80%) murid Melayu yang ‘sukar’ mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, berbanding dengan murid Cina dan India.
9. Lebih 75% murid Melayu Tahun 5 menyatakan yang ‘kerap dan kadang-kadang’ merujuk buku Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, jika mereka tidak faham penerangan dalam Bahasa Inggeris. Dan kira-kira 35% menyatakan yang mereka memiliki sendiri buku rujukan Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu, sebagai buku bacaan dan rujukan tambahan.
10. Purata lebih 70% murid berlainan keturunan (dalam sampel 2007 dan 2008) rata-rata tidak dapat menjawab ujian Matematik dan Sains Tahun 4 (yang diuji semula dalam Tahun 5). Prestasi pelajar Melayu adalah lebih rendah dari pelajar Cina dan India.
11. Lebih teruk lagi ialah murid Orang Asli. Hampir kesemua mereka dalam sampel tidak dapat menjawab item-item soalan Ujian Sains; dan kurang 10% dapat menjawab ujian Matematik. Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak bermakna kepada mereka.
12. Min skor Bahasa Inggeris keseluruhan sampel Januari 2008 hanya 11.97, (daripada skor maksimum 31.0) menunjukkan prestasi am Bahasa Inggeris murid Tahun 5 dari semua keturunan amat rendah.
13. Kelemahan ini lebih nyata di kalangan murid Melayu. Min skor murid Melayu 11.87 adalah lebih rendah dari min skor murid Cina 21.77 dan India 16.14.
14. Rata-rata masih tinggi peratus (70%) murid Tahun 5 dalam sampel 2007 dan 2008, dan lebih tinggi (hampir 75%) murid Melayu, yang tidak dapat menjawab item-item ujian Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris mereka masih rendah walau pun mereka terdedah dengan dasar PPSMI ini sejak 2003.

Kesimpulan besar pertama:

Dapatan di atas menunjukkan dasar penggunaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah dan menengah (seperti yang diharapkan dalam siaran akhbar YB Menteri Pelajaran Julai 2002) tidak tercapai; bahkan kesannya adalah negatif.

Ini ialah kerana kebanyakan guru sendiri lemah penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris untuk menerangkan dengan jelas dan selesa konsep, ilmu dan kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu/Bumiputera, lemah Bahasa Inggeris. Kedua-dua faktor ini berganda akibatnya, menyebabkan murid sukar memahami pengajaran guru Sains dan Matematik; mereka juga tidak cekap membaca buku teks mereka dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu pelajar lemah dalam Matematik dan Sains seperti yang ditunjuk dalam hasil ujian Matematik dan Sains pada Tahun 5 sekolah rendah, atau di Tingkatan 1 dan 2 di sekolah menengah.

Kepayahan pembelajaran Sains adalah lebih tinggi berbanding dengan Matematik. Ini ialah kerana Sains memerlukan lebih banyak ‘penggunaan bahasa’ dalam huraian dan perbincangan tentang konsep, prosedur, dapatan Sains berbanding dengan Matematik.

Kesan negatif PPSMI ini terutama terasa di kalangan pelajar Melayu/Bumiputera di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Ini membawa jurang ketinggalan pelajar Melayu/Bumiputera dalam Matematik dan Sains bertambah luas di banding dengan pelajar Cina.

Kesimpulan besar kedua:


Impak positif pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Bahasa Inggeris pelajar (seperti yang diharapkan oleh YB Menteri Pelajaran dalam siaran akhbarnya Julai 2002) juga adalah sedikit saja. Walaupun lebih banyak masa untuk murid terdedah dengan penggunaan Bahasa Inggeris melalui pelajaran Matematik dan Sains, kesan positif untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid adalah kecil.

Masih tinggi peratus murid Tahun 5 (purata lebih 70%) menyatakan mereka ‘sukar/kurang senang’ mempelajari Bahasa Inggeris, dan mereka ‘kurang faham’ pengajaran guru. Ujian Bahasa Inggeris menunjukkan purata lebih 70% pelajar tidak lulus dan tidak mencapai penguasaan yang mencukupi. Mereka tidak dapat menjawab item-item Ujian Bahasa Inggeris Tahun 4 (yang diuji semula dalam Tahun 5, sampel Februari 2007 dan Januari 2008).

Ertinya penggunaan mata pelajaran Sains dan Matematik sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris tidak berkesan. Bahkan ia membawa kepayahan besar untuk pelajar belajar Sains dan Matematik; dengan itu menjadikan asas Matematik dan Sains pelajar lemah dan rendah prestasi mereka.

Kajian-kajian di luar negara seperti di Sweden menunjukkan bahawa asas yang kukuh dalam matematik dan sains lebih berkesan diajar dalam bahasa ibunda pelajar semasa mereka di sekolah rendah dan menengah. Fenomena yang sama berlaku di kebanyakan negara lain: Perancis, Germany, Jepun, Korea, Cina, Russia dan sebagainya. Setelah pelajar menguasai asas yang kukuh dalam Matekatik dan Sains di sekolah rendah dan menengah, dengan mudah mereka melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dalam berbagai-bagai bidang sains dan teknologi.

Kelemahan murid, terutama murid Melayu/Bumiputera dalam Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di peringkat rendah ini membawa secara kumulatif ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi. Jika dibuat unjuran, besar kemungkinan yang penawaran bilangan pelajar (supply) Matematik dan Sains yang cekap untuk meneruskan ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang-bidang Sains dan Teknologi, Perubatan, Pertanian, dan Perniagaan akan menurun dalam masa terdekat ini, terutama di kalangan pelajar Melayu/Bumiputera. Atau IPT akan terpaksa menyediakan kursus-kursus ‘persediaan’ dan ‘pemulihan’ kepada pelajar lulusan sekolah menengah yang lemah ini bagi menentukan asas pelajaran mereka mencukupi untuk mengikuti program-program pengajian di IPT ini. Kosnya tinggi sekali.

Ertinya, dasar penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains (PPSMI) telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik dan Sains pelajar, terutama pelajar Melayu/Bumiputera; dan gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Bahasa Inggeris pelajar. Kualiti pendidikan yang diterima pelajar kita bertambah rendah. Kesan kumulatif ialah sebahagian besar (lebih 75%) pelajar Melayu tidak menguasai secukupnya konsep, ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains dan Bahasa Inggeris.

Syor

Syor Pertama

Berdasarkan dapatan-dapatan negatif di atas, Kerajaan perlu

• mengkaji semula dasar penggunaan bahasa pengantar Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah; dan hendaklah kembali semula mengguna Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di peringkat rendah dan menengah.

Bahasa Inggeris bukan alat atau bahasa pengantar yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik dan Sains. Guru dan pelajar di Malaysia telah pun menguasai Bahasa Malaysia secukupnya untuk dengan lebih mudah mengajar dan mempelajari konsep dan kemahiran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia.

Dengan itu asas Matematik dan Sains pelajar akan lebih kukuh, untuk mereka terus belajar kedua-dua mata pelajaran penting ini. Mereka akan dengan lebih mudah mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di peringkat tinggi jika asas Matematik dan Sains mereka kukuh.

Syor kedua

Kerajaan hendaklah

• memperuntukan masa/waktu yang lebih bagi pengajaran subejk Bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah.

• Bahan pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris alternatif yang lebih berkesan harus diguna.

Galakkan semua universiti, institut pendidikan guru (IPG), guru-guru pakar Bahasa Inggeris di sekolah untuk menggubal pilihan bahan dan kaedah alternatif pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris. Setengah daripada pendekatan alternatif ini sudah ada. Kaedah alternatif ini tentu berbeza untuk mengajar murid berlainan latar belakang dan kebolehan: misalnya bahan dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar Melayu di sekolah luar bandar berbeza dengan bahan dan kaedah untuk mengajar murid di bandar dari keluarga profesional yang sudah terdedah dengan Bahasa Inggeris. Guru dan murid tidak seharusnya dikongkong oleh arahan dan panduan dari Kementerian Pelajaran dari segi sama ada dari segi buku teks, modul atau pendekatan pengajaran. Satu pendekatan yang ‘standardised’ atau sama untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar yang berlainan kebolehan tidak akan berkesan.

Dalam pengajaran Bahasa Inggeris unsur-unsur sains, matematik, sejarah, geografi dan sastera boleh dimasukkan sebagai bahan (content) pengajaran-pembelajaran. Dengan itu pelajar belajar serentak ‘kemahiran berbahasa Inggeris’ dan ‘kandungan ilmu’ untuk memperkembangkan penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pelbagai disiplin.

Penguasaan Bahasa Inggeris secukupnya di peringkat rendah adalah asas untuk pembelajaran dan perluasan ilmu dalam semua bidang, termasuk dalam Sains dan Matematik seterusnya.

Penutup

Dasar kerajaaan hendaklah bertujuan untuk mengukuh penguasaan Matematik dan Sains pelajar kita di peringkat rendah dan menengah, sehingga SPM. Ini sudah pun berjaya dilaksanakan melalui bahasa Malaysia, kerana guru dan pelajar telah menguasai Bahasa Malaysia, dan lebih mudah dan berkesan mereka mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains telah gagal untuk memudah dan meningkatkan pembelajaran Matematik dan Sains pelajar.

Kerajaan hendaklah kembalikan kepada dasar pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia, supaya dengan itu bilangan pelajar yang menguasai Sains dan Matematik meningkat. Dengan itu bilangan pelajar yang dapat meneruskan pelajaran mereka dalam berbagai bidang sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi di dalam negara atau di luar negara, sama ada di UK, USA, Jepun, Germany, France, Russia atau Korea, akan meningkat. Mereka ini hanya perlu belajar bahasa kedua/asing ini .

Penguasaan Bahasa Inggeris pelajar lebih berkesan dipertingkatkan melalui pengajaran intensif Bahasa Inggeris, dengan banyak latihan membaca dan menulis berbagai jenis bahan, termasuk cerita dan puisi dalam Bahasa Inggeris. Matematik dan Sains bukan alat yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris pelajar.

Makanlah Budu Sebelum Terlambat..

*Peminat budu sekalian….*

info. ....

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di PantaiTimur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

SSecara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.

Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara .

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan..

21 Mei 2009

Islam Inklusif - satu lagi projek barat untuk menghancurkan islam

Islam Inklusif secara logiknya akan mengakui kebenaran agama lain selain daripada Islam. Terma yang digunakan oleh golongan Islam Liberal ini menggunakan pendekatan untuk menyamakan agama lain dengan agama Islam, kerana agama lain turut dikatakan menganjurkan amalan yang baik dan benar.

Terma Inklusif sebenarnya menyamai konsep pragmatisme akhlak yang telah dipopularkan oleh John Dewey di Amerika Syarikat. Dalam konsep pragmatisme, kebenaran mutlak tidak ada menyebabkan setiap sesuatu tidak bersifat eksklusif. Dalam konteks mudah ia seakan mengarahkan umat Islam mengakui kebenaran agama lain sehingga boleh menyebabkan umat Islam berada pada tahap murtad.

Di Malaysia, usaha golongan kelompok ini dapat dilihat dari segi idea, penulisan karya, percakapan dan kelakuan seseorang atau organisasi. Mereka seboleh mungkin cuba menampakkan diri mereka terpisah tetapi mereka mempunyai jaringan dalam kelompok sendiri yang hanya diketahui oleh kelompok mereka sahaja. Dengan menjadikan pendekatan sederhana kelompok ini seringkali mengelirukan masyarakat islam di Malaysia.

Fahaman ini juga dikatakan melihat pandangan hidup Islam yang berpandukan beberapa dasar seperti konsep tuhan, kenabian, ilmu dan agama yang diletakkan sebagai objek yang membingungkan dan perlu diperdebatkan.

Sebenarnya ini semua adalah permainan barat yang sengaja mencipta pelbagai terma untuk meletakkan Dunia Islam dalam aneka perangkap mereka dengan penciptaan pelbagai istilah seperti Islam tradisional vs moden, Islam sederhana vs fundamentalis, Islam legalistik/formalistik vs substantif normatif, Islam budaya vs struktural serta Islam inklusif vs eksklusif.

Untuk mengelirukan kelompok islam juga, Barat dengan sengaja melontarkan pelbagai istilah dan pemikiran dengan aliran politik dan ideologi serta melakukan permainan istilah yang berbahaya dan asing seperti Islam Liberal, Islam Moderate dan Pluralisme Islam dengan maksud mendatangkan keraguan umat Islam terhadap ajaran asal agama yang dianuti. Ini dilakukan semata-mata kerana barat bimbang sekiranya umat islam bangkit menerusi ideologi Islam sebenar seperti yang telah dilakukan oleh tamadun islam sebelum ini seperti kewujudan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Cordova dan juga kerajaan Bani Uthmaniyah, akan menyebabkan barat kembali berada di dalam kegelapan atau kemunduran.

Profesor Sosiologi agama di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, Charles Kurzman telah memperkenalkan istilah atau gerakan baru di Dunia Islam ini menerusi bukunya ‘Islamic Liberalism’ dan sebelum itu Leonard Binder cuba menyebarkan fahaman berkenaan dalam bukunya Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies.

Secara ringkas, aliran islam seupama ‘mazhab’ ini berakar umbi kepada fahaman kebebasan tanpa batasan bagi membolehkan akal manusia digunakan secara sebebas-bebasnya untuk memberi jawapan dan persoalan kepada semua perkara tanpa merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Pada kelompok ini tafsiran terhadap Al-Quran perlu dilakukan semula kerana mereka mengangap tafsiran lama sudah tidak relevan dalam keadaan persekitaran umat islam hari ini.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pemikiran dan Tamadun Islam Indonesia (INSISTS), Adnin Armas, ketika membentangkan kertas kerja ‘Sumber Liberalisasi Pemikiran Islam: di Ipoh pada tahun 2006, Kes al-Quran’ dalam muzakarah itu, berkata pengikut fahaman berkenaan kini semakin berani mencabar akidah umat Islam dengan menyarankan agar al-Quran disunting semula dan disusun menjadi sebuah kitab baru dikenali al-Quran edisi kritis (a critical edition of the Quran) kerana mendakwa terdapat banyak kelemahan dalam isi kandungannya.

Katanya, golongan berkenaan yang sebahagiannya memiliki latar belakang pendidikan agama mula mengemukakan gagasan supaya al-Quran diolah semula pada 2002 di Indonesia sehingga sanggup mengeluarkan ungkapan antara lain: “Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai-bagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi daripada perdebatan, pertentangan, intrik dan rekayasa (direka-reka).”

Adnin berkata, fenomena itu adalah kes baru kerana ketika penjajahan Belanda, Inggeris dan Jepun di Indonesia sekalipun perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Malah, beliau berpendapat pemikiran yang mengkritik al-Quran itu datangnya dari pengaruh pandangan hidup Yahudi-Kristian.

Katanya, dengan menggunakan tafsiran baru kepada sumber dalaman tradisi Islam, golongan orientalis membangunkan teori baru yang bukan saja berbeza tetapi bertentangan dengan pendapat golongan ulama besar silam hingga sekarang.

Malangnya, kata beliau, ramai pemikir Islam terpengaruh dengan pemikiran itu sehingga pelbagai kritikan telah dilontarkan terhadap kitab suci itu terutama dalam mempertikaikan mushaf Uthmani yang digunakan sekarang dianggap sebagai tidak asli.

“Untuk menangani persoalan berkenaan, sudah tiba masanya bagi golongan ulama meneliti karya orientalis ini secara serius. Menerusi tindakan membongkar akar pemikiran sekular-liberal, diharapkan ranting pemikir Islam yang sudah terpengaruh dengan kerangka pemikiran Barat akan dengan sendirinya roboh,” katanya.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang bersidang dalam Musyawarah Nasional (Munas) Kali Ketujuh pula telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ahmadiyyah, liberalisme dan pluralisme sebagai ajaran sesat. Sejak itu, pengikut fahaman liberalisme dan pluralisme telah melakukan pelbagai cacian dan tentangan terhadap MUI dan golongan ulama.

Dalam sejarah tamadun Islam, ramai tokoh di kalangan umat Islam telah mengeluarkan hujah atas nama ‘mengeluarkan umat Islam dari kemunduran’ dengan bercakap atau melakukan perbuatan yang melanggar syariat seperti Ziya Gokalp (1875-1924) di Turki yang menyarankan agar orang Turki bersolat menggunakan bahasa Turki agar mereka berasakan jiwa lebih dekat dengan Tuhan serta menganggap hukum Islam hanya bersumberkan nas al-Quran dan adat kebiasaan (urf) masyarakat di sesuatu tempat.

Begitu juga dengan pemerintah Islam Moghul di India, Akbar Khan atau ‘Akbar Agung’ yang telah mencipta agama Din Ilahi dengan menyatukan semua agama atas alasan untuk mengelakkan perpecahan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama. Pendekatan yang seumpama membawa maksud agama lain juga benar ini telah menyebabkan Islam setaraf dengan agama lain. Malah Akbar juga telah bertindak mengahwini puteri raja Hindu dan membenarkan cucunya dibaptis oleh paderi kristian untuk menunjukkan dasar keterbukaan dirinya terhadap agama lain. Beliau juga telah mendirikan rumah pelacuran berhampiran istananya dengan tujuan untuk melayan kehendak nafsunya, selain pelacur perempuan rumah pelacuran itu juga turut mempunyai pelacur lelaki. Walaupun beliau mengakui dirinya adalah seorang Islam.

Begitu juga dengan Abdul Rahman Al-Kawakibi tokoh pembaharuan agama di Mesir, merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah kerajaan Uthmaniyah Turki. Beliau terpengaruh dengan sistem pemerintahan demokrasi di eropah dan berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah dilakukan oleh barat. Abdul Rahman juga tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan ialam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil) kerana pada beliau agama dan politik seharusnya berasingan. Bagi tokoh kontroversi ini juga agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang peribadi dan bukannya apa yang dianuti oleh semua orang.

Secara kebetulan, kebanyakkan besar tokoh atau mereka yang cuba memajukan ummah dari kemunduran akibat fahaman sempit mereka terhadap Islam selalunya akan mendapat sokongan atau menerima bantuan daripada pertubuhan atau negara Barat. Keadaan ini berlaku sejak dari zaman penjajahan Barat di negara Islam sehingga sekarang.

Seharusnya umat Islam berhati-hati dengan serangan pemikiran ini kerana golongan yang menyokong gerakan pemikiran ini tidak pernah henti untuk menyebarkan idea mereka semenjak daripada zaman silam sehingga sekarang dan sentiasa kekal dalam pemikiran tersebut.

Walaupun gerakan pemikiran ini menggunakan terma-terma yang pelbagai untuk mengelirukan pergerakan dan pemikiran mereka, namun secara kasarnya kita akan dapat melihat corak yang biasa mereka gunakan untuk mempopularkan idea mereka. Contohnya memperjuangkan hak kebebasan, kesamarataan dan memperjuangkan hak perempuan. Selain itu mereka juga akan mempromosi slogan demokrasi dengan harapan mereka diberi ruang untuk menyebarkan pemikiran mereka. Sebab itu sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid, golongan ini menganggap Sultan tersebut adalah kuku besi kerana cuba menghalang gerakan pembaratan pada zaman Uthmaniyah.

Kini slogan itu sudah meresap ke Malaysia dengan menjadikan demokrasi, kebebasan akhbar dan kebebasan beragama sebagai agenda, adakah Malaysia akan menjadi senasib empayar Uthamaniyah Turki selepas ini atau menjadi seperti Indonesia yang sudah seperti tidak dapat dikawal perkembangan aliran pemikiran ini disana selepas era orde baru.

sumber: http://pochongmenulis.blogspot.com/