10 Januari 2009

Kegagalan Israel

Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank).

Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar.

Bagaimana Gaza mendapat namanya?

Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan.

Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya iaitu Gaza City. Gaza ni kecil sahaja, lebih kecil daripada Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur (ibu kota Malaysia).


Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza lebih padat lagi. Bayangkan dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk!

Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak). Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya.

Namun yang gagal dihalang Israel ialah;

i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel
ii) dunia semakin kenal watak jahat AS dan bagaimana badutnya Bush (dan Obama yang dua kali lima)
iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAMAS
iv) Gaza semakin terkenal
v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah sedar akan isu Palestin

Kita perlu sedar bahawa serangan Israel laknatullah terhadap Gaza merupakan isu kemanusiaan. Bayangkan sebuah 'tempat' kecil yang dikelilingi oleh tembok buatan Israel dan dipenuhi jutaan orang, diserang dengan kapal terbang perang, Apache dan kereta kebal. Bayangkan jika Kuala Lumpur (Gaza hanya sebesar Kuala Lumpur) diserang begitu oleh Israel. Sebab itulah kita dapat lihat response seluruh masyarakat dunia, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

Firdaus Rahim

09 Januari 2009

Adakah cinta memerlukan sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


p/s- Cinta sebenar adalah cinta kepada Alah. Maka cinta itu tak akan sia-sia.

07 Januari 2009

Kerana Satu Klik...

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mahfumnya::

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.

Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah

kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara

yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam

Dimanakah jenama (brand) Islam?

Bila heboh tentang keganasan Yahudi maka kita heboh dan bersemangat juga untuk membikot barangan Yahudi. Bila disenaraikan barangan dan jenama-jenama Yahudi, nak.. tu dia.. berderet-deret, semuanya jenama-jenama atau brands yang popular dan terkenal seanterio dunia, dari produk makanan seperti Mc Donalads, Cocacola, Starbuck, Nestle hinggalah ke penggerak kereta kita iaitu petrol Shell.

Bahkan berpuluh-puluh lagi jenama Yahudi yang menggegar dan menguasai dunia.

Begitulah hebatnya Yahudi dan brandnya. Produk-produk mereka bukan sahaja digunakan dikalangan orang Yahudi, tetap juga dikalangan semua bangsa dan warna kulit seluruh dunia. Dikatakan juga bahawa Intel adalah penyumbang terbesar pada ekonomi Israel, Oparasi luar negaranya yang pertama di Haifa pada tahun 1974. Semua manusia didunia mengenali Intel. Kadang-kadang sampai tahap, manusia terpaksa menggunakan Intel untuk buka komputer. Bakkata orang, tanpa Intel siapalah PC. Pendek kata, Yahudi telah berjaya mencipta jenama-jenama yang terkenal di dalam semua bidang kehidupan di dunia ini.

Di sini saya senaraikan beberapa jenama Yahudi, yang gah, IBM, Estee Lauder, Boss, Cococola, Calvin Cline, Carefour, Danone, Clinique, disney, Lancome, Giorgio Armani, L'Oreal, Kleenex, Mybelline, Mark&sapancer, Maggi, Nestle, Ralph Lauren, KitKat, Tommy Hilfigar, Johnson2, Bali, Ambi Pur, Kiwi, Sara Lee, Revlon, Kotex, Sprite, Sunkist, TIME magezine, OAL, CNN, Nokia, 20Century Fox, IBM, National Giografic, Intel dan beribu-ribu lagi jenama yahudi yang menawan dunia.

Maka kita akan tertanya-tanya, apakah pula brand atau jenama Islam yang tersohor di dunia? Maka dahi kita berkerut cuba mencari sesuatu jenama Islam yang terkenal atau paling kurang setanding pasaraya Yahudi iaitu Carefour. Maka kita tidak jumpa, yang terlintas di kepala saya kini hanyalah jenama Emeriate dari Qatar, itulah satu-satunya jenama penerbangan yang popular diseluruh dunia atau boleh dikatakan jenama milik Islam yang paling popular di dunia kini.

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapakah Yahudi berjaya mencipta jenama-jenamanya. Cuba kita cari, Malaysia antara negara Islam, manakah jenama keluaran Malaysia atau syarikat yang terkenal diseluruh dunia, Patronaskah? atau Proton kah? Di negara sendiri sahaja, kereta Proton menjadi bahan jenaka, bagaimana mahu terkenal diseluruh dunia apatah lagi untuk meyayiangi jenama BMW. Kita cari pula di Indonesia, negara umat Islam teramai di dunia, mana jenama yang paling popular? Rokok keretek gudang garamkah? Atau kita cari pula di negara-negara Islam lain yang kaya-raya seperti Iran, mana jenamanya yang terkenal? atau di Arab Saudi mana jenama terkenal?. Mecca cola kah? saya pernah bertanya kawan sepejabat berbangsa Cina, kenalkan Mecca cola? dia jawab 'apa itu'?

Mengapa umat Islam tidak berjihad untuk membangunkan jenama atau brand di dunia ini?. Adakah membangunkan jenama menyalahi ajaran Islam?. Atau adakah brand sekadar keperluan hidup yang sementara sahaja dan tidak perlu dicari? Mungkin kerana kita tidak ada jenama lah yang memudahkan Yahudi memberikan umat Islam jenama istimewa iaitu pengganas. Maka orang Islam hanya di kenali sebagai brand atau jenama penganas. Sehingga jenama 'terrorist' adalah pintu setiap orang kafir untuk mengenali Islam. Mengapa kita tidak cipta pintu lain, yang lebik baik dan gah untuk mereka mengenali Islam? Andainya Cocacola milik dan ciptaan umat Islam, agak-agak apa pandangan orang diseluruh dunia terhadap Islam?. Mereka makin mengakumi dan secara tidak langsung akan menjadi pintu yang lebih baik untuk mereka mengenali Islam

Mari kita melihat dan menilai dengan minda terbuka, mengapa umat Islam hingga kini gagal untuk membangun jenama atau brand di dunia berbanding dengan orang Yahudi? Atau mengapakah individu-individu atau syarikat-syarikat kaya Islam tidak berjaya membina jenama?.

Saya mempunya pendapat yang sendiri (sekadar pendapat), kegagalan orang Islam membina jenama disebabkan pendekatan umat Islam yang salah di dalam usaha untuk membangunkan jenama itu sendiri. Kalau kita lihat, kebanyakan jenama Islam, hanya berciri-ciri atau berjenama islamik. Bila semua produk tersebut bersifat atau berimejkan islamik, maka brand tersebut hanya akan terkenal dikalangan orang Islam sahaja. Jadi, ianya hanya berlegar di dalam kopompong masyarakat Islam sahaja.

Di Malaysia misalnya, kita melihat cubaan umat Islam untuk membangunkan jenama sendiri seperti ubat gigi Mukmin, syampu rambut Sufi, Zaiton dan jenama-jenama makanan seperti Adabi, kicap Tamin dan juga produk kesihatan yang lain yang semuanya menjurus kepada memikat hati pengguna Islam sahaja. Dan lebih teruk lagi, memperalatkan istilah halal untuk memikat pengguna-pengguna Islam. Saya rasa tidak ada seorang pun orang Cina di Malaysia menggunakan ubat gigi Mukmin. Mereka pun takut menggunakan produk tersebut kerana berciri-cirikan keagamaan. Macam kita juga, bagaimana kita hendak membeli ubat gigi keluaran orang Cina jika rekabentuknya ala Cina dan berlambangkan Tokong? Maka secara tidak langsung, perangai kita ini telah mencorakkan Islam sebagai agama perkauman dan hanya berlegar di dalam kopompong sendiri. Ciri-ciri seperti inilah yang sebenarnya memburukkan lagi imej islam dan kebaikan Islam tidak boleh digunakan oleh penganut-penganut agama lain.

Mengapa umat Islam tidak mencipta jenama ubat gigi bercorak universal, global dan tidak bercorak perkauman atau keagamaan? Bukankah Islam itu bercorak universal?

Kadang-kadang terasa pelik juga, adakah wajib mengislamikkan nama dan rekabentuk produk untuk menjadikan ianya brand Islam?.

Tidak payah kita pergi jauh, kita lihat sahaja papan tandan kedai runcit atau pasaraya orang Islam, semuanya berjenama dan berimejkan Islamik dan kemelayuan dan tulisan-tulisan di papan tanda semuanya Melayu dan kadang-kadang lengkap dengan tulisan jawi, bahkan ada yang menulis 'tagline', kedai Islam, 100% milik bumiputera atau produk keluaran Islam. Jauh sekalilah jika hendak menggunakan tulisan Cina di papan tanda. Maka tidak hairanlah hanya orang Melayu Islam sahaja yang membeli-belah di kedai tersebut.

Bagitulah tebalnya imej perkauman yang kita semai,

Mengapa kita bersikap perkauman sempit seperti ini? Tidakkah kita terfikir untuk menjadikan kedai atau brand kita dibeli oleh orang bukan Islam? Mengapa kita tidak lihat gendung-gedung perniagan milik orang bukan Islam, seperti Giant, Bintang, NSK, Fajar, Pakson dll. Maka tidak hairanlah mereka boleh kaya dan maju kerana kedai mereka dikunjungi beranika bangsa sedangkan kita umat Islam hanya mengharapkan duit dari poket orang Islam saja. Bahkan mereka mengaji gadis-gadis Islam bertudung yang kiut miut untuk menjaga kedai mereka tetapi kita tidak pernah mengaji amoi-amoi Cina untuk menjaga kedai kita kerana ditakuti kedai kita nanti tidak akan berciri-cirikan Islamik.

Sikap seperti inilah antaranya yang menyumbang kepada kegagalan umat Islam seluruh dunia mencipta jenama. Orang Islam menjelajah diseluruh pelosok dunia, bila bukan restoran letak jenama 'Restoran Yusof, kedai makan Islam' tapi orang Yahudi bila menjelajah diseluruh pelosok dunia membuka kedai makan untuk semua kaum, semua bangsa dan semua agama seperti, Mac Donalad, KFC, Starbuck dll.

Maka, dipanjangkan lagi bicara tentang baikot barangan Yahudi tadi, bila kita menyerang yahudi dengan cara membaikot brand mereka, maka persoalan yang timbul ialah berjayakah baikot kita? Sebenarnaya kita gagal bahkan kita tidak mempunyai kemampuan dan kekuatan untuk membaikot.

Bagi saya pendekatan membaikot hanyalah sekadar pendekatan menyerang Yahudi untuk janka pendek dan cara menyerang yahudi yang kurang bijak. Jika mereka boleh menpengaruhi dan menjajah dunia dengan brand, sepatutnya umat Islam juga cuba mencipta brand yang hebat juga untuk menyayangi atau mengatasi mereka. Umat Islam bukan tidak mampu. Majoriti individu atau syarikat-syarikat didunia yang kaya raya adalah milik orang Islam. Negara Brunei contohnya, negara terkaya dan memiliki individu terkaya didunia, sepatutnya telah lama mencipta satu brand yang boleh menggoncang dunia.

Kesimpulannya, kita tidak hanya perlu menyerang Yahudi dengan kereta kebal atau peluru berpandu tetapi kita juga boleh menyerang mereka dengan brand. Cuba kita tanya diri kita sendiri, adakah kita telah berjaya mencipta brand? atau adakah kita berjaya mendidik anak-anak supaya mencipta atau memahami brand? Dan kerajaan juga kena tanya diri sendiri, adakah kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun berjaya mencipta brand yang sukses? jika belum, ayuh mari kita mulakan. Kerana brand boleh menaluk dunia, bangsa Jepun yang pada asalnya tidak dikenali dunia, tetapi dihormati dan dikagumi di seluaruh dunia kerana berjaya mencipta brand seperti Yakult, Aji no moto, Honda, Tayota, dan beribu-ribu lagi produk mereka. Jika kita bergerak dari sekarang, maka pada masa mendatang, brands atau jenama yang dimiliki orang Islam akan menguasai dunia. Insyaaalh. [terjah.com -mankip]

Langkah pertama kita, buka minda dan keluar dari kopompong ciptaan kita sendiri.

walhualam..

01 Januari 2009

Filem Muallaf Menyindir Islam?

Sinopsis filem Muallaf:

"Muallaf" tells the story of two Malay sisters, 20 year old Rohani (Sharifah Amani) and 14 year old Rohana (Sharifah Aleysha) who are on the run from their wealthy, abusive father. Finding refuge in a small town, they meet Robert Ng (Brian Yap), a 30 year old Catholic school teacher who finds himself irresistibly drawn to the sisters and their extraordinary courage. This relationship inevitably forces Robert to confront a haunting memory of his own troubled childhood.

Antara adegan yang menjadi isu:

# Rohana mempunyai hobi misteri apabila gemar menyebut nombor tertentu yang dibaca daripada Kitab Injil dan Tao Te Ching selain al-Quran.

# Ayah Rohana dan Rohani tidak rasa berdosa minum arak namun dalam waktu yang sama enggan bersalaman dengan bukan Islam yang baru memegang anjing.

# Rohani dan Rohana membaca terjemahan dalam bahasa Inggeris surah Al-Baqarah untuk gadis bukan Islam yang sedang berada dalam keadaan koma di hospital.

# Brian semasa kanak-kanak ditangkap bapanya ketika melakukan onanai smbil melihat majalah porno. Sebagai hukuman, dia dibawa ke luar rumah dan dibogelkan di tepi jalan oleh bapanya yang merupakan penganut Kristian Katolik.

# Brian mencium bra wanita dan meletakkan di atas kepala dan turut berkeinginan mencium seluar dalam wanita.

# Laungan azan yang berlatarkan muzik opera.

# Dialog antara Rohani dan Rohana mengenai masyarakat yang takut dengan apa yang mereka tidak tahu dan tidak faham dengan agama.

# Lagu Amazing Grace menjadi lagu latar dalam filem ini.

# Kemurnian hati pelayan wanita kelab malam bukan Islam yang sanggup menolong Rohani kesempitan Wang.

# Brother Anthony memohon doa di gereja ketika Rohana diculik oleh pengawal bapanya.

p/s: bagi sesiapa yang tak tau, Muallaf ni filem terbaru arahan Yasmin Ahmad. Tapi Lembaga Penapisan Filem (LPF) tak lepaskan dan tidak dibernarkan ditayang di Malaysia. Namun, filem ini ditayangkan di Singapura dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Holocaust, Kehabisan Ubat & Mahmoud Abbas

www.iLuvislam.com
ImKoyube*

GAZA, (Pusat Maklumat Palestin) - Angka korban 'holocaust' Israel laknatullah di Semenanjung Gaza telah mencapai 360 orang termasuk 30 kanak-kanak tidak berdosa, sehingga subuh Selasa. Bilangan yang cedera meningkat kepada lebih 1700 orang, menurut sumber sahih dari Palestin.


Kapal terbang perang Israel laknatullah telah melancarkan serangan udara terhadap bangunan-bangunan kerajaan ketika waktu Subuh(Selasa). Serangan tersebut telah mengorbankan 10 orang dan 10 orang turut cedera.

Selain itu, mereka mempergiatkan lagi serangan bom di bahagian barat Bandar Gaza dan sasaran mereka adalah kemudahan sukan dan pejabat kerajaan. Dalam masa 3 minit sahaja, terlalu banyak serangan bom udara dilancarkan.

Beberapa saksi melaporkan bahawa sebuah F16 telah melancarkan 20 roket terhadap kompleks kerajaan, Kelab Sukan al-Shams, kuarters polis dan kuarters pasukan keselamatan(yang tidak lagi digunakan).

Menurut mereka, kesemua roket tersebut dilancarkan dalam masa 5 minit dan mengakibatkan ramai penduduk setempat yang cedera. Situasi tersebut telah menyukarkan operasi ambulans di sana.

Sebelum itu pasukan tentera Israel laknatullah memusatkan serangan mereka kepada barat Semenanjung Gaza termasuk bangunan tentera awam Palestin dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat di kawasan tersebut.

Mereka telah mengebumikan 5 orang wanita muda di bawah keruntuhan rumah mereka yang telah hancur berkecai selepas rumah mereka dibom bersama sebuah masjid berhampiran rumah tersebut. Mayat kelima-lima wanita muda itu hancur berkecai(tidak dapat dikenali lagi) disebabkan serangan itu.

Walaupun kerajaan Israel laknatullah mengatakan bahawa mereka tidak mensasarkan rakyat biasa Gaza, agensi-agensi antarabangsa termasuklah UNRWA dan lain-lain menyalahkan Israel atas kematian ramai kanak-kanak dan rakyat biasa.

Dr. Basim Naim, menteri kesihatan, mengesahkan bahawa hospital di Gaza kehabisan ubat di samping masalah kekurangan perkakas dan elektrik. Beliau turut menyalahkan askar di sempadan kerana menggantung perkhidmatan separuh daripada ambulan-ambulan Palestin.

Sementara itu, sebuah laporan rahsia kepada Palestinian Information Center(PIC) mengatakan bahawa Mahmoud Abas, Presiden pasti pembangkang di Palestin(PA), telah memerintahkan pegawainya di Ramallah untuk bersiap sedia untuk membentuk pasukan darurat untuk mengisi kekosongan apabila kerajaan Hamas berjaya ditewaskan oleh Israel.

Abbas dijangka kembali ke Mesir untuk membincangkan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, sumber di Ramallah memberitahu PIC bahawa Nimir Hammad, penasihat Abbas, telah menelefon Amos Gilad, penyelaras operasi Israel di kawasan jajahan Israel dan penasihat politik menteri perang Israel, Ehud Barak pada malam Sabtu.

Berdasarkan laporan tersebut, Nimir Hammad telah memberitahu Amos Gilad bahawa ketuanya percaya akan hak Israel untuk menyerang dan menghancurkan Hamas tetapi meminta mereka untuk fokuskan serangan kepada kuarters dan pejabat Hamas selain mengelak serangan terhadap rakyat biasa.

Mushir Al-Masri : Mahmoud Abbas tahu tarikh serangan

Dalam satu sidang media, ahli parlimen Hamas Mushir Al-Masri mengatakan bahawa Mahmoud Abbas telah tahu berkenaan tarikh serangan Israel sebelum Gaza diserang.

Tambah beliau, maklumat tersebut bukan rahsia dan Mahmoud Abbas telah meninggalkan Palestin(ke Arab Saudi) sebelum Israel memulakan serangan beberapa hari lepas. Apabila setiap peristiwa besar berlaku di Palestin(serangan Israel), pasti dia akan meninggalkan tanah Palestin.

Untukmu Palestin

saya menyeru semua pengunjung untuk membaca Qunut Nazilah setiap kali kita solat fardhu. Ini salah satu usaha kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…!