30 Disember 2008

Khusyukkan solatmu

Solat adalah perkara yang paling penting bagi mereka yang beragama islam. Solat boleh diibaratkan sebagai tiang seri utama di dalam sebuah rumah. Yang mana apabila runtuhnya tiang seri utama itu maka akan runtuh jugalah rumah tersebut. Tiang-tiang seri yang lain tidak mampu untuk menanggung beban yang di tanggung oleh tiang seri utama dek kerana kecilnya saiz mereka berbanding saiz tiang seri utama.

Begitu jugalah dengan solat. Berbanding dengan amalan-amalan lain solat dikira sebagai amalan yang paling utama. Amalan yang pertama sekali disoal apabila kita dihadapkan di hadapan Allah S.W.T kelak juga adalah solat. Selagi mana tidak selesai solat kita dihisab maka selagi itulah amalan-amalan kita yang lain tidak diambil kira. Dalam solat pula kita amatlah di tuntut untuk khusyuk.

Firman Allah S.W.T yang mana bermaksud:-

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”

(Surah Al-Mu'minun:1-2)

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk"

(Surah Al-Baqarah:238)


Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang mana bermaksud:-

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Yang dikatakan khusyuk dalam solat itu adalah hatinya sentiasa hidup,sentiasa merasakan takut serta malu pada Allah S.W.T dalam solat yang dilakukan. Segala urusan duniawi dilupakan sementara demi memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada Allah S.W.T. Penting tidak pentingnya khusyuk dalam solat ini sehingga Imam Ghazali menyatakan solat yang dilakukan tanpa khusyuk boleh dikira sebagai sia-sia sahaja. Fungsi khusyuk dalam solat bukanlah sekadar mengingati Allah semata-mata malahan juga untuk mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Oleh yang demikian penulis menyertakan di sini antara amalan-amalan yang insyaAllah dapat membantu pembaca-pembaca sekalian mendapatkan apa yang di panggil khusyuk di dalam solat. Sama-samalah kita amalkan.


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar ketika solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut,kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat,merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Walau apa pun syarat yang paling utama untuk mendapatkan khusyuk ialah kemantapan iman dalam diri pada Allah S.W.T. Oleh sebab itu berusahalah untuk lebih mengenali Allah S.W.T agar rasa gerun pada Allah itu mudah untuk dihadirkan dalam solat kita. Rasa khusyuk dalam solat juga berkait dengan rasa takutnya kita pada Allah ketika di luar solat. Kebiasaanya mereka yang ketika di luar solat tidak mempedulikan arahan dan larangan Allah dalam amalan-amalan yang dilakukan maka amatlah sukarlah bagi mereka untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat dan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari bahawa dirinya diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah serta mematuhi apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya sahajalah yang akan mendapatkan khusyuk di dalam solat seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud:-

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya)"

(Surah Al-Baqarah:45-46)

25 Disember 2008

Hikmah BerWuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Wasallam.

17 Disember 2008

Sifat pemaaf bersih hati, tenangkan jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Bilakah kita dibolehkan mengumpat?

Bismillah..

Disebutkan oleh para ulamak tempat-tempat yang diharuskan menyebutkan kekurangan seseorang. Antaranya:

1) Di dalam urusan persaksian di mahkamah
2) Ketika urusan risik merisik pernikahan
3) Ketika usaha menghindarkan pendengar dari kejahatan yang dilakukan oleh seseorang
4) Seorang guru yang menceritakan keburukan orang lain untuk memberi pengajaran kepada murid-muridnya.
5) Keburukan/kekurangan yang diketahui umum (disebutkan di dalam Alquran dan hadis, atau telah pun dihebahkan kepada umum)
6) Kejahatan seseorang yang berbangga dengan kejahatannya
7) Untuk menerangkan sifat seseorang untuk dikenali (bukan utk mengutuk), selepas tidak mampu untuk menerangkan dengan cara yang lain.

Namun begitu, setiap kekurangan yang disebutkan, perlulah diusahakan agar diringkaskan atau dikiaskan seberapa yang boleh, bagi mengelakkan kita terjatuh kepada dosa mengutuk dan menggelapkan hati.

Wallahu A'lam

Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sekadar perkongsian. Buat iktibar dan pedoman semua muslimah diluar sana...cloud 9

sumber:darulBayan.com

Panduan Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong

BAHAYA SIFAT SOMBONG

SIFAT SOMBONG adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlulah sentiasa kita berusaha untuk menjauhi sifat ini dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Dari Abu Salmah bin Abdur Rahman" Abdullah bim Amr dan Abdullah bin Umar Berjumpa di Shafa. Kedua-dua bergandingan lalu Ibnu Amr Berlalu dan Ibnu Umar berdiri menangis: mereka bertanya, "Mengapa engkau menangis, hai Abi Abdurrahman?" Dia Berkata, "Itu"!, Yakni Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka".

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. Al-A'raaf 146

Hayatilah Azan Kerana Terdapatnya Cara - cara untuk berjaya .
Renung2kanlah beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Cermin diri - membentuk keperibadian mulia.

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
"Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku ada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya." Hadis riwayat Bukhari

Ubat dari Sumber Babi Terdapat di Pasaran Malaysia

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita
berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke
dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran
kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan
diberitahu secepat mungkin.

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 s

Petua Untuk Cantik dan Sihat

(saya sendiri pun tak mampu nak amalkan..hehehe...)

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.
1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.


PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.



Wallahu'alam...

12 Disember 2008

Strategi Kristian Menjerat Anak Gadis Kita

[salinan dari e-mel yang saya terima]

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan
mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM,UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang
disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat
diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya,kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi,apa yang membimbangkan kami semua dalah,sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja,hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan,cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",

"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak",
"Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan
terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka,mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka,cubaan "ringan-ringan"pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta,sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama.Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA.Ketika inilah,perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya.Sebab bagi sijejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya,maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa.Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama.Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama.Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata sijejaka lagi
"Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka,
adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima.........hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata.Maka,marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA

"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadimangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin......Ya Rabbil A'lamin.

Ustaz Hj Akil - Sebuah pesanan yang menarik

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan
naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadijahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerlaminyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gayajadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
M aka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segerameninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

11 Disember 2008

Aidiladha, Sebuah Tip Pengorbanan..

Oleh: Ibnu Hasyim

‘KORBAN’, semata-mata dari segi bahasa ertinya ‘dekat’. Dari segi istilah ia bermaksud ‘menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.’ Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.

Bila sebut pengorban, saya ingin menghadiahkan tip untuk pelayar-pelayar web ini bersama ucapan Selamat Hari Raya Korban tahun ini.. Apa tipnya? Mari kita lihat dan renung sebuah hadis Ashabul Ukhdud dalam kitab terkenal ‘Riyadhus Shalihin’ oleh Imam Nawawi…

Kisah seorang pemuda Mukmin berada di suatu negara bukan Islam, yang dipimpin oleh seorang raja musyrik dan kafir. Raja itu ingin membunuh pemuda beriman ini, puas dia berusaha membunuhnya berulang kali.. Dia lemparkan pemuda itu dari atas gunung.. dia lemparkan pemuda itu ke lautan.. tetapi setiap usaha membunuh itu tetap gagal kerana Allah selalu menyelamatkan pemuda ini. Maka hairanlah raja musyrik itu.

Pada suatu hari pemuda ini bertanya kepada raja tersebut, “Apakah tuanku benar-benar ingin membunuhku?”

“Ya!” Jawab raja itu. “Semua ini aku lakukan adalah untuk membunuhmu.”

Pemuda itu menyarankan, “Kalau begitu, kumpulkanlah orang ramai di sebuah tanah lapang, kemudian ambillah satu panah dari tempat panahku, letakkan di tempat sasaran. Lepaskanlah ke arahku, dan katakan, “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini!”

Sebelum itu cubaan membunuhnya dilakukan dengan menyebut nama raja, bukan dengan nama ‘Allah Tuhan pemuda ini’. Maka raja pun laksanakan saranannya. “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini.” dilepaskan anak panah itu tepat mengenai sasaran. Maka matilah pemuda itu.

Tiba-tiba bersorak dan menjeritlah orang ramai, mereka mengatakan, “Rupanya Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini! Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini!!”

Mereka ingkari pertuhankan raja musyrik itu. Kata mereka, raja itu telah melakukan segala cara untuk membunuh pemuda ini, ternyata tidak berjaya. Tetapi ketika dia mengucapkan satu kalimat, ‘Dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini’ pemuda ini boleh mati. Kalau demikian pengatur semua kejadian ini, sebenarnya adalah Allah! Maka berimanlah semua mereka. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengulas, “Perbuatan pemuda ini mendatangkan manfaat yang besar bagi Islam.”

Kita lihat pula pandangan Syaikh Allamah Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dalam Syarah Riyadhus Shalihin 1/165-166 mengenai hadits kisah Ashabul Ukhdud ini, kata beliau...

“Sesungguhnya seseorang boleh mengorbankan dirinya untuk mashlahat kaum Muslimin secara umum.. Pemuda ini menunjukkan kepada raja yang menuhankan dirinya suatu hal yang dapat membunuhnya, iaitu dengan mengambil sebuah anak panah dari busurnya… Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, kerana ini adalah jihad fisabilillah… Sebuah umat beriman semuanya dalam keadaan pemuda ini tidak kehilangan apa-apa, kerana dia mati dan pasti dia akan mati cepat atau lambat…”

Inilah satu contoh pengorbanan seorang mujahid yang memilih mati syahid. Saya telah huraikan dalam tulisan sebelum ini (Saturday, December 6, 2008 Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memali?) mengenai pengorbanan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Begitu juga dengan ramai lagi individu-individu lain seperti As-syahid Syed Qutb, Hasan Al-Banna, Saiful Mujahidin Umar Mukhtar dan lain-lain. Kalau dalam organisasi atau pertarungan melalui peti undi pula, walaupun banyak parti-parti Islam yang pada zahirnya nampak gagal memerintah sesebuah negara, tetapi sebenarnya banyak memberi manfaat kepada perjuangan Islam di negara tersebut.

Di situlah pentingnya pengorbanan, terutama kepada pemimpin-pemimpin atau wakil-wakil rakyat di negara ini. Inilah sebuah tip kisah pengorbanan hadiah Hari Raya Aidil Adha dari saya kepada anda!

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin!

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Melayu Pinggir Bahasa Sendiri..

Oleh: Ibnu Hasyim
Catatan Santai

SAYA menerima e-mail dari seseorang bernama Som Prong bersama komennya berjudul ‘Bahasa Melayu Terpinggir Salah Siapa?’. Maka diperturunkan di sini..

{AKU bukan nak kata laaa .... sungguhpun aku ni keturunan Siam mai, tapi bahasa Melayu aku kira okey jugak laa .... pasai aku dok campoq guoi dgn puak2 Melayu banyaaaaak .... jadi aku kira mcm depa jugak laaa nuuuu .........cuma slang aku saja ..... dia berlagu lagu Siam sikit laaaa ...... tapi tak pa laaaa .... Melayu2 yg dok cakap dgn aku pun buleh paham ..... kira buleh lah nuuuu? Tapi aku turut sedih jugak tentang bahasa Melayu laaa laaa ni niiiihhhh ... sedih sungguhhhhhh ..... bukan nak kataaaaa ..........ada depa kata bahasa Melayu laaa ni dah jadi rojak ...... rojak campoq ...... dia campoq adok sana pi sini mai .... aku pun naik penin .....

Apa tidak nya? Awat dia jadi lagu tuuu? Ni pun satu .... slanga 'awat' tu yg selalu dan kerap diguna oleh orang sebelah utara Semenanjung (kira Kedah, Perlis, Penang/Seberang Prai dan Perak Utara) depa banyak dok ingat 'awat' kononnya bunyi atau sound like English punya word "a What?" .... maka jadilah ungkapan 'awat' yg cukup popular sekali bila puak2 orang2 utara bila depa dok bersembang sama2 depa ....... sikit-sikit awat ... sikit-sikit awat ..... seperti "awat hang tak bagi tau kat aku awai-awai....." ; "awat dia buat lagu tu?" dsbnya. Banyak depa dok rayan yang ungkapan 'awat' tu kononnya dari perkataan Inggeris .... jadi depa naik megah nak mampoih buleh guna perkataan omputih dlm percakapan depa ..... padahai itu asai usoi mai dari perkataan Siam jugak nak habag bagi ..... tanyalah orang2 yg dok di sempadan Siam dekat dgn border ......

Cuba hangpa perati dan ambik teliti mai tengok ...... macam istilah2 yg kita dok guna banyak yang di cedok dari bahasa asing .... Inggeris laaa yg kerap diambik ..... Kalau nak bagi contoh .... cukup punya banyak ..... cuba ambik perati tengok apa yg terpapar dalam senarai dibawah :

U.M.N.O. sendiri pun .... katanya sebuah Parti Politik orang2 Melayu ..... tapi cuba amati akan nama parti tu dgn sepenuhnya .... United Malays National Organization ..... kan bahasa Inggeris tu ...... bahasa orang putih (setengah depa kata .... bahasa omputih .... shortcut lah tu). Hangpa tengok lah sendiri .... dari awai2 lagi dari golongan puak2 Melayu sendiri tak mau pakai nama atau ejaan Melayu untuk parti politik yg di tubuhkan oleh bangsa depa sendiri .... nak kata apa lagi? Sapa yang mula2 start? ..... tok sah dok marah kat aku laaa .... pasai aku guna perkataan 'start'. .... aku tok sah kira laaa .... aku peduli apa? bukan bahasa aku .... aku pun syok jugak kalau bahasa buleh pi dok campoq aduk main ikut suka ajaaaaa .... main ikut daaaannn ajaaaaa ...... kira senang laaa ... cukup paling mudahhhh nak mampoih .... kalau teringat nak guna perkataan omputih kaa ...atau lain2 perkataan ... lain drp perkataan Melayu .... hantam saja laaaaa ....... kira apa?

Bukan bahasa kita - bukan bahasa aku (bukan bahasa keturunan orang2 aku).... lagi banyak dicampoq aduk .... lagi meriah laaaaa .... macam rojak campoq .... lagi banyak mcm buah2an dalam rojak tu .... lagi ada uuummmppphhhhhh kata orang ....... sikit punya caca-merba ka .........

Tengok laaaa ........ seperti yang aku kasi contoh2 dibawah ni: Dari pehak media arus perdana sendiri pun cukup banyak dan menyerlah sekali especially dari media tv di segenap stesyen samaada gomen atau swasta (tv swasta pun ada kaitan atau link dgn gomen jugak - itu yg depa dok panggil GLC - Government-Link Company). Ini boleh disenaraikan seperti dibawah:

Infomasi - dari perkataan Inggeris - information [penerangan (bahasa Melayu) dipinggirkan]
Komunikasi - dari English word - communication [hubungan; perhubungan maksud dlm bahasa Melayu - dipinggirkan lah tu]
Delegasi - dari English word - delegate - diMelayukan dgn ejaan delegasi [bermaksud utusan; wakil dlm bahasa Melayu - dipinggirkan jugak].
Integriti - dari English word integrity - di Melayukan jadi ejaan integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan - pun lebih mementingkan yg istilah penjajah punya .... baru ada class (ejaan Melayu - kelas). Jawabnya yg Melayu punya perkataan di pinggirkan lah.
Integrasi - dari English word integration bermaksud gabungan dari pelbagai; penyatuan - diMelayukan dgn ejaan integrasi ..... baru ada kekuatan atau keberkesanan konon2nya lah. Perkataan dlm bahasa Melayu di pinggirkan lah.

Popular - dari perkataan Inggeris popular (diambil bulat2 dgn ejaan yg sama) - padahal dlm bahasa Melayu boleh pun digunapakai perkataan terkenal dan disukai ramai; digemari ramai; sukaramai - maka yg ada berbunyi Melayu kira kurang ummph lah .... jawabnya dipinggirkan lah. Sekarang dan terkini ramai kerana mengikut trend (dari pemimpin politik sendiri) terdapat istilah 'populis' seringkali dan acapkali digunakan lebih2 lagi oleh orang2 politik dan media2 arus perdana (terutama dari media tv) .... untuk menunjukkan betapa 'up-to-date' si orang yang menggunakan istilah itu ketika dia bercakap. Tidak ketinggalan zaman lah (out-dated) dikalangan puak2 depa tu. Sebelum ini ... penggunaan istilah 'pop' seperti lagu2 pop; irama pop; pop yeh yeh; pop-star, adalah singkatan dari perkataan 'popular' lah. Pop ..... tak dak bunyi Melayu langsung ..... tapi nak kan omputih punya slang punya pasai .... teruih ambik dan gunapakai sajalah .... apa ada? Pop-corn macam mana pulak .... adakah itu bermaksud 'popular punya jagung' dari maksud 'pop-corn' .... cuba tanya puak2 Melayu tengok .... depa tau ka? ternganga .... terlopong lah ....nampak2nya.... jenis main tiru tapi tak tau maksud sebenaq2nya ..... main ikut orang pun ramai jugak ... jenis pak-turut juga mak-turut pun ramai. Perati sajalah....... berlambak yg dok ada jenis mcm tu.

Populasi
- ini pun dari perkataan Inggeris population bermaksud jumlah penduduk; bilangan penduduk ..... perkataan Melayu yg buleh diguna jawabnya terpinggir sajalah.
Bajet - ini jugak dari perkataan budget (English word) .... hairan... hairan .... ini semua penggunaan yg di initiate oleh pak2 menteri kita sendiri jugak. Depa jugak yg dok melaung2kan untuk memertabatkan bahasa Melayu laa ....bahasa Malaysia laa ..... bahasa kebangsaan laa .... tau tau depa sendiri yg dok ambik guna pakai perkataan Inggeris yg juga bahasa bekas penjajah Tanah Melayu dulu. Itu kata cakap tak serupa bikin. La ni salah sapa? Depa nanti salahkan orang lain jugak .....
Fenomena - from the word phenomenon [dah tak dak perkataan dlm bahasa orang Melayu - miskin sungguh atau 'sengkek' kata otang utara].

Senario - from the word 'scenario' [pun tak dak perkataan dlm bahasa Melayu - yang sebenarnya tak dak idea atau ilham untuk me-reka-cipta istilah yg agak bersesuaian dgn maksud perkataan Inggeris 'scenario' tu - kesian!].
Senator - from the word 'senator' exactly totally copied from English word.
Senat - from the word 'senate' - depa ubah sikit dgn membuangkan 'e' pada ejaan 'senate' maka jadilah 'senat'. Omputih masuk Melayu laaa nak katakan ......
Teater - from the word 'theatre' - kalau dulu kerap digunapakai - pentas - lakunan pentas - bangsawan atau juga sandiwara.
Drama - from the exact English spelling 'drama' - maksud dlm bahasa Melayu - lakunan - persembahan lakunan.
Artis - from the word artist/artiste - dulu memang digunapakai istilah seniman/seniwati - orang yang bergiat didalam kegiatan seni (terutamanya seni lakunan dan nyanyian).

Lagi contoh perkataan Inggeris yang di cedok dan diMelayukan dengan ejaan Melayu tapi sound-like English - seperti:

suspek (suspect), aspek (aspect), konsep (concept), prinsip (principle), projek (project), sukses (success), kontrak (contract), tragedi (tragedy), operasi (operation), klip (clip), slaid (slide), siri (siries), struktur (structure), aktif (active), aktivis (activist), proaktif (pro+active), pos (post), stesyen (station), letrik (elektrik), komputer (computer), kondominium (condominium), lif (lift), telefon (telephone), emel (email), bot (boat), komuter (commuter), konsumer (consumer), pensil (pencil), dokumen (document), okey (okay), tiket (ticket), wayar (wire), kabel (cable), stabil (stable), emosi (emotion), illusi (illusion), motivasi (motivation), glamor (glamour), filem (film), kamera (camera), lensa (lens), akuarium (aquarium), orkid (orchid), mikrofon (microphone), program (programme), skrip (script), lirik (lyric), teknik (technique), juri (jury), profesional (professional), produk (product), realiti (reality), muzik (music), hos (host), bos (boss), skrin (screen), orkestra (orchestra), harmoni (harmony), melodi (melody), fantasi (fantasy), kontroversi (controversy), sensasi (sensation), galaksi (galaxy), entiti (entity), foto (photo), demokrasi (democracy), demokrat (democrat), dll.

Malah banyak lagi jika hendak di senaraikan .... berjela2 panjangnya ..... boleh bikin kamus special untuk bahasa Melayu celup Inggeris ...... bahasa Inggeris yang di Melayukan .... yang dihalalkan .... iaitu yang di cop 'halal'. Tengok sendirilah betapa orang Melayu jugak yang dok bangga2kan bahasa MatSalleh ... puak2 Melayu lebih2 lagi puak2 pemimpin politik Melayu jugak yang dok mengagung2kan bahasa penjajah Inggeris lagi instead of bahasa Melayu yang tidak kurang hebatnya. Aku pun sengaja guna istilah bahasa Inggeris untuk memudahkan puak2 Melayu yang gemaq sangat mengguna-pakai istilah Inggeris dgn ghairahnya....... aku peduli apa? Bukan bahasa aku? Aku pun seronok jugak guna bahasa rojak .... pasai ia jugak meriah, gamat dan melucukan ..... kadang2 buat kita naik tergelak terbahak2 sorang diri.

Banyak lagi dan bertambah berlambak2 lagi kalau nak disenaraikan .... akan jadi macam apa orang nanti kata? KAMUS BAHASA MELAYU-OMPUTIH CELUP atau KAMUS BAHASA ROJAK CAMPUR ataupun KAMUS BAHASA MELANGGERIS .... pasai terlalu tebal hingga akan jadi macam kamus pulak. Ada lagi yang membuat ramai yang turut menjadi tenaga pengajar (bahasa harubiru a.k.a. bahasa rojak) selain dari kalangan pemimpin2 politik Melayu sendiri .... ialah dari puak2 media tv sendiri seperti dari puak2 pengacara2, pembaca berita, pengulas2 siaran, hos (pun asal dari 'host' - English word), tetamu2 undangan dalam talk-show, bual-bicara, forum dan realiti show dan hiburan banyak yang sering mencampur-adukkan perkataan2 Inggeris dlm perbualan mereka seperti contoh2 seperti dibawah:

"....selepas tu? ...... so ..... saya pun terus drive tanpa toleh kebelakang lagi ....then ... apa yang terjadi you tau?"
"okay .... kita pergi ke topik lain pula .....okay .... sebelum tu ...kita terima dulu panggilan dari penonton .....okay ..... siapa disana .... okay .... nama encik? .... okay .... call dari mana? ....okay...."
"saya tak pergi .... because ... hari tu terpaksa bertugas di outstation .....so I pun termiss lah jemputan tu ....."
"kita patut mengrecommendkan untuk mendapat respond yang lebih dari kalangan penonton ......so that .... bertambah rancak lagilah program itu nanti".
"program reality tv sure popular among remaja dan student ........."
"Filem-filem yang mencapai kutipan box-office belum tentu boleh meraih anugerah award "Best Film of the Yeaaarrrr" lagi .... belum pasti .... belum sure lagi ....semuanya depends dari keputusan muktamad juri2 professional yang dilantik".

Dan yang termasuk tajuk2 drama2 Melayu dan tajuk2 program tv yg menggunakan bahasa Inggeris pun apa kurangnya. Macam lah tak dak istilah bahasa Melayu yang sesuai yang boleh diambik pakai untuk dijadikan tajuk2 drama Melayu dan juga tajuk2 program2 tv sendiri. Jadi sapa yang meminggirkan bahasa Melayu yang sebenaq2nya. Jangan salahkan orang ramai .... kerana orang ramai yang jadi penonton juga pembaca yang di suap, yang hidangkan melalui media2 massa sama ada media elektronik ataupun media cetak lah yang mengajar secara tak betoi pada depa semua. Kalau dah cikgu pun melelong macam naik basikal tayar gelong ... maka anak2 muridnya pun pakat turut sama melelong dan menonong-nonong lebih pada had lagilah.

Yang syok dok perati tengok orang macam kami lah (sebagai penonton dari luaq).... yang bukan pewaris bahasa Melayu tulin ... seronok dok tengok telatah dan karenah puak2 Melayu dok asyik dgn gelagat depa dok berlumba2 dok berlawan bersaing menambahkan istilah2 baru celup matsalleh - atau istilah bahasa rojak omputih celup melayu yang kian menjadi2. Bukan susah nak meMelayukan bahasa Inggeris .... cukup paling mudah nak mampoih ... paling mudah guna penambahan 'mem'; 'meng'; 'ber'; 'ter'; 'di' ; 'kan'; 'lah'; 'kah' dan mcm2 lagi jenis bentuk penambahan pada istilah2 Inggeris seperti contoh - meng'recommend'kan; ber'entertain'kan; ter'accidentally'; meng'enjoy'kan; ber'dinner' sekali dgn ber'supper'lah ; meng'calculate'kan; ber'holiday' ; ber'honeymoon'kah ; dan dsbnya.

Dan yang terbaru aku dengaq PM PakLah ada sebut di'motivate'kan (dlm berita tv tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pagi Sabtu baru2 ni) .... Tengoklah contoh yg amat ketara..... mau tak puak2 Melayu yg jenih 'pak-turut & mak-turut" dan yg jenih nak menunjuk2 yg depa tu saja pandai cakap omputih (English educated lah) nak peduli apa tentang susun-atur bahasa .... nak jaga tata bahasa? Sedangkan yang tua2 bangka, yang bapak2 yang pangkat nenek pun dok main campoq aduk caca-merbakan bahasa depa sendiri .... takkanlah Melayu2 yang lain nak jaga sampai nak jadi mcm ahli cendiakawan bahasa atau ahli pakar bahasa atau sasterawan yang kononnya penggiat dan pencinta bahasa Melayu mcm dari golongan Gapena dsbnya tu???? ...... tak depa mau nak susahpayah sampai lagu tu?

Tengok ..... betapa punya meriah lagi bila ada penerapan nilai2 pengaruh penjajah Inggeris dalam tata bahasa Melayu yang semakin hari semakin canggih ...... seolah2 macam kahwin campur lagaknya. Kan kahwin campur pun mendatangkan hasil zuriat yang lebih baik daripada kahwin sesama sejenis bangsa atau kaum. Apa lagi jika amalan kahwin sesama suku sakat keluarga .....seperti kahwin sama sepupu.... atau sebagainya..... ikut petua orang tua2, amat tidak digalakkan kerana hasil zuriat yang mungkin kurang baik kelak nanti. (menurut kajian science pun ada betoi nya).

Jika bangsa antara sesama bangsa lain pun digalakkan untuk berkahwin campur. Sesama bahasa dgn bahasa lain juga pun harus diberi galakan yang sama. Maka jadilah bahasa kahwin-campur .....dan lahirlah BAHASA ROJAK CAMPUR.

ITU LAH KEBENARANNYA ......
DAN ITU LAH HAKIKATNYA ......
ITU JUGALAH REALITY NYA ......


BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ....
BAHASA MENCERMINKAN BANGSA.


BAHASA ROJAK CAMPOQ MENGGAMBARKAN BANGSA YANG BERCAMPOQ2 ADUK (MALAYSIA YG BERMASYARAKAT MAJMUK LAH NAK KATAKAN ...... MASYARAKAT BERCAMPOQ2 MCM JUGA ROJAK CAMPOQ).


SELOGAN TUA LAGI KUNO YG BERBUNYI "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA" TU SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI LAH .......
PASAI APA HANGPA NAK TAU?


PASAI ..... BILA HILANG LENYAP BAHASA MELAYU ..... JAWABNYA .... BANGSA MELAYU PUN TURUT HILANG LENYAP DI DUNIA JUGAK LAH .... TENGGELAM .... DI BUMI SENDIRI.


BAYANGKAN BILA SAMPAI KEPADA SATU TAHAP DIMANA SEMUA ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU SEMUANYA DIAMBIK DIPINJAM DICURI DICEDOK DARI BAHASA INGGERIS (MUNGKIN JUGAK ADA SIKIT2 DARI BAHASA LAIN)...... DAN ISTILAH2 MELAYU YANG DEPA TAK MAU GUNAPAKAI AKAN TERUS TERPINGGIRLAH .... MAKA AKAN JADI AYAT2 BAHASA MELAYU CELUP INGGERIS LAH AKAN WUJUD ....SEPERTI EKZAMPEL DIBAWAH NI :


"GUA TRY SLOW-SLOWTALK SAMA ITU GENERASI MILLENIUM KIRA OKEY WAT? .....DIAORANG CAN EKSEP ONE .... ASPEK2 INTELEKTUAL MAU KASI SERAP SAMA KONSEP GLOBAL .... ALSO BOLEH KONSIDER UNIVERSAL IN LONG-TERM ....BAGI DIAORANG KIRA OKEY AJE ...NO PROBLEM ... NO SWEAT .... THEN SEE LAH HOW? DIA PUNYA EFFEK NANTI WHETHER EFFEKTIF OR NOT .... SO.... KITA WAIT AND SEE LAH TENGOK ....."


"POLISI PARTI-PARTI YANG ADA DALAM KOMPONEN SEMUANYA OKEY DAN RELEVAN ..... SO .... NO PROBLEM LAH ...... ADA ISU-ISU LAIN YANG NAK KOMEN .... CARRY ON LAH ..... CUMMON LAH .... PROSID AJE LAAA .....TIME LIMITED NI ......LEPAS NI NAK KENA BREAK PLAK - TEA-BREAK MANA BOLEH MISS .... THEN LEPAS TU NAK FOLLOW AGENDA LAIN PULAK LAGI .... WHERE GOT TIME ?".


"INFOMASI MEDIA-MEDIA ELEKTRONIK MEMFOKUSKAN SENARIO POLITIK DOMESTIK ALA DEMOKRASI KAPITALIS".

BETOI LAA YG DEPA DOK KATA TUUU ....
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ....
BAHASA MENCERMINKAN BANGSA .....
BETOI SANGAT LAAA TUUU ....

NEGARA MALAYSIA PUN DOK ADA MCM2 BANGSA .... BERBILANG KAUM ... MASYARAKAT MAJMUK .... ITU YG PEMIMPIN POLITIK KITA DOK RIUH SAKAN HEBOH SATU DUNIA .... CANANG MEMANJANG SANA SINI ..... MEMANG JENIS MCM2 KAUM YG DOK ADA TUU KIRA BERCAMPOQ2 MCM ROJAK JUGAK LAAA NUUU? JADI APA NAK HERAN LAGI BAHASA PUN JADI MCM ROJAK JUGAK LAAA .....


BAHASA ROJAK CAMPOQ ....


KIRA OKEY SANGAT LAAA TUUUU ......
CUKUP SESUAI SANGAT LAH TUUU ..... }

Demikian. Sekian.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

18 November 2008

Windows 7 ganti Vista Januari 2010

SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.

“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.

Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.

Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.

“Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.

“Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.

Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.

“Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.

Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.

Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.

06 November 2008

Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.

Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…

Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

04 November 2008

Indahnnya Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah...itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi......
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

28 Oktober 2008

Barang Mahal

Pada suatu ketika, iblis mengiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjanya. Pada hari tersebut seluruh perkakasnya dipamer untuk dilihat calon pembelinya lengkap dgn harga jualnya. Seperti kalau kita masuk kedai hardware barang yang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna sesuai fungsinya dan harganya pun tak mahal.

Barang yang dijual antara lain: dengki, iri hati, tidak jujur, tak tahu terima kasih, malas, dendam, dan lain-lain.

Di suatu sudut display ada suatu perkakas yang bentuknya sederhana sudah agak buruk tetapi harganya amat tinggi bahkan jauh lebih tinggi di bandingkan yang lain.

Salah satu calon pembeli bertanya "Ini alat apa namanya?"


Iblis menjawab "itu namanya PUTUS ASA"


"Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?"

"Ya,kerana perkakas ini sangat mudah dipakai dan berdaya guna tinggi. Saya dengan mudah masuk ke dalam hati manusia dengan alat ini dibandingkan dgn alat lain . Begitu saya berhasil masuk kedalam hati manusia saya dengan sangat mudah melakukan apa saja yg saya inginkan terhadap manusia, termasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakan kepada hampir semua orang kerana kebanyakkan manusia tidak tahu kalau putus asa itu milik saya."

.........serahkan hidupmu pada ALLAH ,biarlah DIA saja yg ada dalam hatimu kerana bersamanya nescaya tidak akan kau ketemukan keputus asaan.

Jangan Baca Horoskop!

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

“Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,” katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

“Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

“Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.”Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,” katanya.

Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

“Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,” katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

“Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

“Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

“Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,” katanya..

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan…

27 Oktober 2008

Konfius

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawapannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"