31 Mei 2011

Cerita Berangkai

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary
menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Wakakaka.....penat aku nak taip lagi ni...

30 Mei 2011

Wasiat Nenek Ani

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .

"Din,.... kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"

Alahai...

Ucapan Selamat Untuk Pengantin Baru

Sempena cuti sekolah ini terlalu banyak undangan majlis perkahwinan. Di sini marilah kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka. Serta kita mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu. Eh.. hingga ke anak cucu sajakah? Atau hingga ke akhir hayat? Takkan sampai akhir hayat saja, selepas tu macam mana pula alam akhirat?

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “


(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.)

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak".

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

24 Mei 2011

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Oleh Azhar Abdullah

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...
bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

19 Mei 2011

Betul Mati Atau Mati Betul-Betul?

Pada 2 haribulan May yang lalu dunia digemparkan dengan berita Osama Bin Laden mati di bunuh oleh soldadu Amerika. Heboh seluruh dunia. Kematian Osama ini menjadi kempen Jom Heboh Obama.

Semenjak serangan WTC di New York pada 9/11 dahulu, Osama yang mengidap penyakit buah pinggang telah dilaporkan mati beberapa kali. Arwah Benazir Bhutoo ketika menjadi Perdana Menteri Pakistan telah pernah dilaporkan oleh akhbar Guardian London berkata yang Osama telah lama mati. Ini sebelum Benazir sendiri di bunuh mati.

General Hamid Gul bekas pengarah ISI – Inter Services Intelligence ( pasukan risiskan Pakistan) telah dilaporkan beberapa tahun dahulu mensahehklan bahawa Osama telah lama meninggal dunia. Selama sepuluh tahun Osama tidak berkata apa apa – senyap dan sepi. Yang heboh-heboh hanyalah media yang melaporkan aktiviti apa yang mereka panggil pengganas Islam Al-Qaida.

Osama - nama Osama - menjadi jenama untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Osama yang beragama Islam dijadikan ‘hantu’ untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar melihat Islam sebagai musuh.

Dengan bangganya Rumah Puteh telah mengeluarkan berita kematian Osama. Berita awal melaporkan bagaimana pasokan SEAL – komando elit Amerika – datang dengan helikopter telah bertempur dengan pengawal Osama di Abbotabad Pakistan. Laporan media juga berkata Presiden Obama dan ahli kabinetnya terpukau melihat operasi ini secara terus menerus di Rumah Puteh.

Melalui berita awal ini rakyat dunia juga telah di beritahu bahawa Osama telah menggunakan isterinya yang muda dan comel sebagai pelindung.

Esoknya kesah ini bertukar pula. Osama diberitakan tidak bersenjata. Osama dilaporkan tidak menggunakan isterinya sebagai pendiding. Hanya ada seorang pengawal yang bersenjata. Pertempuran hebat itu tidak pernah berlaku. Presiden Barak Obama tidak melihat secara terus menerus tetapi menerima laporan dari pimpinan tentera. Semua propaganda telah kantoi!

Semua menjadi kantoi kerana warga di Abbotabad telah pergi melihat rumah yang dikatakan tempat Osama tinggal. Mereka tidak melihat tembok pecah dan lantai robek. Kesan-kesan peluru juga tidak ternampak. Saheh tidak ada pertempuran.

Kesah dongeng ini cuba dibetulkan oleh Rumah Puteh. Media dunia telah diberi satu gambar yang menunjukkan muka Osama pecah berdarah. Tetapi Rumah Puteh terlupa bahawa hari ini telah wujud internet dan teknoloji komputer gambar. Muka Osama berdarah ini dibuktikan sebagai gambar lama yang telah pernah dikeluarkan oleh Rumah Puteh tiga tahun dahulu.

Rupa-rupanya ini gambar muka Osama luka berdarah telah di photoshop. Ini samalah seperti gambar muka Rosmah Mansor yang montok dan leher yang berlapis-lapis telah dilangsing dan dicunkan. Kalau rakyat Malaysia boleh ketawa apabila melihat muka Rosmah yang di potoshop – bayangkan rakyat dunia lagi ketawa besar apabila melihat kerja bodoh Rumah Puteh.

Kantoi demi kantoi ini menjadikan Obama tertekan. Presiden Obama kini sedang dilihat sebagai Pelawak Hitam – Black Comedian – yang diupah membuat lawak oleh saudagar senjata berkulit puteh. Untuk meneruskan jenakanya si Pelawak Hitam ini telah memberitahu dunia bahawa mayat Osama telah dibuangkan ke dalam laut. Mengikut lojik Obama apabila telah dibuangkan ke laut maka tidak ada dakwa dakwi. Tidak perlu gambar. Tidak perlu DNA. Khalas. Period. Khatam kes Osama Bin Laden. Kes tutup.

Untuk kita yang rasional, sama ada Osama mati bulan dulu atau lima tahun dahulu tidak penting disini. Apa yang jelas peranan Osama untuk menakut-nakutkan dunia telah tamat. Tetapi Al-Qaeda masih dikatakan wujud. Al-Qaeda kini ialah satu jenama sama seperti FaceBook atau Sabun Fab. Jenama ini telah menyerap masuk ke dalam ingatan bersama rakyat dunia. Ini penting untuk kuasa imperial Amerika dan saudagar senjata.

Untuk memahami jenama ini mari kita semua kembali melihat strateji dan taktik kuasa imperial Amerika yang terdahulu. Di zaman Perang Dingin/Cold War diantara blok Amerika dan Russian dahulu – yang dijadikan hantu ialah komunis. Komunis telah digunakan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar menyokong Amerika yang dikatakan membawa obor kebebasan dan demokrasi.

Rakyat dunia telah ditakut-takutkan dengan mistos ideloji komunis. Untuk orang Islam - komunis telah dikatakan tidak bertuhan. Kaum tani pula telah ditakut-takutkan dengan sistem ekonomi komunis dimana semuanya wajib dikongsi termasuk berkongsi cangkul dan sabit. Jika ini tidak menakutkan kaum tani – dalam sistem komunis dikatakan sang isteri juga akan dikongsi sama.

Ketika Perang Dingin berjalan saudagar senjata dan syarikat gergasi senjata di Amerika Syarikat telah mendapat kontrek yang lumayan dari kerajaan Amerika. Saudagar dan tuan empunya syarikat senjata telah digalakkan untuk mencipta dan mengeluarkan senjata terbaru/tercanggih yang boleh mengalahkan Russia.

Di era ini perlumbaan senjata antara Amerika dan Russia telah dijadikan kuliah wajib oleh media dunia. Khutubah tentang kekuatan senjata Russia ini dijaja ke hulu ke hilir untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Hasilnya : di Eropah banyak negara dipaksa membukakan tanah air mereka untuk dijadikan pengkalan senjata nuklear Amerika.

Pertembongan dua ideloji antara sistem kapitalis dengan sosialis ini telah menjadikan dunia tegang. Amerika terus membuat huru hara. Ketegangan dan huru hara yang berterusan ini amat baik untuk saudagar senjata.

Justeru, di zaman Perang Dingin , Amerika telah menobatkan ramai General untuk mengambil alih kerajaan sebagai langkah menentang komunis. General Pinochet di Chile, General Suharto di Indonesia, General Thanom Kitikachorn di Siam, General Pak Chug Hee di Korea adalah contoh-contoh soldadu yang dinobatkan untuk menjadi kepala negara.

Sebenarnya - keadaan tegang ini adalah cuaca dan suhu yang terbaik untuk saudagar senjata. Senjata-senjata baru terus dicipta. Senjata lama dijualkan kepada negara dunia ketika yang berjaya ditakut-takutkan dengan ‘hantu komunis’. Apabila negara-negara dunia ketiga merasa takut maka tidak dapat tidak mereka akan berpayung di bawah bendera Amerika Syarikat.

Semua ini berubah apabila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1998. Dua German – Barat dan Timur – yang dahulunya bermusuh kini bersatu. Russia menjadi lebih demokratik dan mengamalkan sistem kapitalis. China menjadi murtad dimana Parti Komunis China menjadi budak suruhan kepada kaum kapitalis.

Yang lebih menakutkan kaum kapitalis, saudagar dan tuan empunya kilang senjata ialah suasana aman damai dalam dunia ini. Jika dunia aman maka senjata tidak lagi diperlukan. Jika rakyat dunia tidak bergaduh sesama sendiri maka tidak ada negara yang ingin membeli senjata. Kilang senjata dan saudagar senjata tutup kedai. Perang menjadi sejarah.

Justeru, satu strateji baru dieram. Para pemikir yang diupah oleh kaum pemodal telah menimbulkan satu strateji baru. Samuel P. Hutington pada tahun 1992 telah menetaskan apa yang dipanggil Clash of Civilisation – Pembentrokan Tamadun.

Teori ini diwujudkan setelah tamatnya Perang Dingin. Dalam teori ini yang dijadikan musuh dan hantu - yang dilihat sebagai masalah ialah budaya dan tamadun yang berbeza dengan budaya dan tamadun Amerika Syarikat. Kepelbagaian budaya ini tidak dilihat sebagai positif yang mengkayakan dunia tetapi dilihat sebagai masalah.

Justeru Islam telah dinobatkan oleh Samuel P. Hutington sebagai salah satu tamadun dan budaya yang akan membawa masaalah kepada tamadun dan budaya Anglo-Saxon. Maka disini terselitkanya nama Osama bin Ladin.

Sebelum serangan keatas WTC pada 9/11, para pemikir dan pembuat dasar Amerika telah lama bersedia untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Setahun sebelum Iraq diserang pemikir strateji tentera Amerika telah merancang untuk menyerang Iraq. Negara ini menjadi sasaran kerana Iraq adalah negara ke dua yang terbanyak menyimpan bahan bakar minyak petrol sesudah Saudi Arabia.

Justeru, racangan dua buah kapal terbang melanggar WTC bukan satu yang baru. Pada tahun 1962 telah ada perancangan yang dipanggil Operation Northwood. Dalam operasi ini CIA akan melakukan serangan terhadap tempat tempat yang telah dipilih. Serangan mengejut ini akan memeranjatkan rakyat Amerika. Mengikut skrip Operation Northwood , dengan pantas Presiden Amerika akan menuduh Castro dan Cuba sebagai penyerang.

Rakyat Amerika akan dibakar kemarahan. Ketika patriotisma rakyat Amerika tercabar, disaat inilah Cuba akan diserang. Inilah yang berlaku pada 9/11 dahulu. Kerja ‘orang dalam’ ialah melanggar WTC dengan dua buah kapal terbang untuk disaksikan oleh seluruh rakyat Amerika. Ini samalah seperti serangan Perlabuhan Pearl di Hawaii pada 7 Disember 1941 dahulu. Serangan Jepun ini memang digalakan oleh saudagar-saudagar senjata agar Amerika masuk campur dalam Perang Dunia Kedua. Kalau Amerika tak masuk perang maka kilang senjata tidak berfungsi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa serangan terhadap WTC pada 9/11 itu adalah kerja ‘orang dalam’. Nama Osama dimunculkan sebagai strateji untuk menjadikan Islam sebagai jenama musuh rakyat dunia. Media dan propaganda Amerika telah memuntahkan kepada dunia bahawa Osama ialah penjihad Islam. Islam kini dilihat sebagai musuh baru terhadap kebebasan rakyat dunia.

Strateji Perang Dingin kini telah beralih menjadi Perang Melawan Keganasan – War on Terror. Suasana reda aman damai sesudah runtuhnya Tembok Berlin hanya untuk beberapa tahun sahaja. Kini suasana dunia menjadi tegang kembali.

Kalau di zaman Perang Dingin ada perang di Vietnam, Kamboja dan Laos. Di zaman Perang Melawan Keganasan ini ada perang di Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Hakikatnya kilang membuat senjata tidak berhenti henti membuat senjata. Saudagar senjata ketawa terbahak-bahak memasukan duit ke dalam bank. Dan kita jangan jadi bodoh untuk terus bertanya Osama sudah mati atau belum.(TT)

dicatat oleh Hishamudin Rais
tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN 16

09 Mei 2011

Asal Usul Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.


Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

rembulan: Terpulanglah kepada kita sama ada mahu sama-sama menyertai mereka dan termasuk dalam golongan mereka. Hari ibu sepatutnya diraikan setiap hari bukannya perlu ditunggu hari-hari tertentu saja. Agama Islam tak pernah mengajar tentang perkara begini. Ibu adalah insan teristimewa dalam hidup kita. Pengorbanan ibu perlu dikenang setiap masa. Penat lelah mereka menjaga kita tak pernah dibilang harinya. Jadi mengapakah kita perlukan setahun sekali untuk meraikan mereka?