27 April 2009

Mahmoud Ahmadinejad : Permata Baru Islam


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.

Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa. Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan. AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis. Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini. Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

malaysiakini.com

23 April 2009

Hard Times


















22 April 2009

Protokol ke-10 Dakyah Yahudi Tentang 8 Perkara Berjaya

4S, 4F

1. Song

Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Sex

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .....

3. Smoke


Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....

4. Sport

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. .. yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi..... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah, .

5. Fun


Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .. Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6. Female

Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. ..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?. . kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi....

7. Fashion

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. Food


Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD, Kentucky, Pizza Hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina..... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check.. halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap.... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah. ....Yahudi makan Islam lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi..... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH...... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

11 April 2009

Soalan Cepumas Untuk Orang Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa?
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.


3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?

Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?

'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?


Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan-soalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.

Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat. Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan..Wallahu'alam.

Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya

Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :-

Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal.Begini,pekerja office saya ada membuat "main kutu". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..'.

Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan akan berharap agar nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan nombor giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus.

Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis.'

Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahulu ada baiknya kita melihat tafsiran 'kutu' menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :

"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine

Hukum dari sudut Undang-undang Malaysia

Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-

Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Tinjauan Shariah

Untuk menentukan hukum Shariah adalah amat mudah dalam hal yang telah diputuskan 'salah' oleh undang-undang negara. Selagi mana peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis, ia akan diiktiraf sebagai haram juga di sisi Shariah.

Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah

"Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulan

Jika dilihat dari sudut proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah".

09 April 2009

Harimau, buaya dan tikus

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm !!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.

Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit! cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuu uuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


--------------------------------------------------------------------------------

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nankir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita yang menentukan panjang ataupun pendek umur kita

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.......

04 April 2009

Dasar PPSMI Perlu Dimansuhkan

Perlu Dicari Akar Umbi Masalah

Semenjak demonstrasi yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mac yang lepas, isu PPSMI semakin hangat diperkatakan. Ada yang terus menyatakan bantahan dan ada juga yang mempertahankan keperluan dasar PPSMI. Namun, daripada pemerhatian peribadi, rata-rata pandangan yang mempertahankan dasar PPSMI dibuat berdasarkan kepentingan politik ataupun dengan berdasarkan pemikiran yang simplistik.

Harus difahami bahawa isu PPSMI bukan isu politik. Pihak yang berterusan membantah isu PPSMI juga bukanlah pihak yang mempunyai kepentingan politik. Seandainya ditelusuri sejarah isu ini, maka kita akan dapati bahawa pihak yang benar-benar berterusan memperjuangkan agar dasar PPSMI dimansuhkan, semenjak daripada mula-mula timbulnya cadangan untuk melaksanakan dasar ini, bukanlah parti-parti politik tetapi badan-badan bukan kerajaan (NGO), para sasterawan dan para intelektual negara. Hal ini bermakna bahawa bantahan yang dibuat bukanlah berdasarkan kepada apa-apa kepentingan sebaliknya hanyalah bertunjangkan rasa cinta kepada bangsa dan keprihatinan akan masa depan umat.

Adalah penting untuk difahami dengan jelas bahawa bantahan yang disuarakan terhadap dasar PPSMI tidak sama sekali bererti penolakan terhadap kepentingan menguasai Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa yang penting di dunia pada hari ini. Secara umumnya boleh diperhatikan bahawa persepsi ini wujud; bahawa seolah-olah pihak yang membantah dasar PPSMI ini adalah pihak yang menentang Bahasa Inggeris. Hal itu tidak benar sama sekali. Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris tidak dinafikan, malah memang perlu digalakkan. Malangnya, pelaksanaan dasar PPSMI bukanlah langkah yang betul; bukan hanya pelaksanaan dasar ini tidak membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar tetapi akan membawa kesan-kesan lain yang cukup kritikal, khususnya dalam konteks budaya dan pandangan alam.

Dasar PPSMI bukanlah penyelesaian untuk masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar kerana dasar ini lahir daripada corak pemikiran yang normal dan simplistik. Dasar ini tidak menyentuh permasalahan dasar. Dalam proses penyelesaian masalah, antara langkah awal yang penting adalah proses mengenalpasti punca masalah yang sebenar. Kegagalan mengenalpasti punca permasalahan yang sebenar akan menyebabkan tindakan yang salah diambil, lantas gagal menyelesaikan masalah. Cara berfikir secara simplistik, dengan gaya pemikiran yang normal yang biasanya akan mudah membuat sesuatu kesimpulan atau keputusan dengan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan punca masalah yang sebenar gagal untuk dikenalpasti.

Dalam isu yang sedang diperkatakan ini, masalah yang ingin ditangani adalah kelemahan para pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris, sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan Sains dan Teknologi kerana kebanyakan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Setelah masalah dikenalpasti, langkah seterusnya adalah untuk mengenalpasti pula punca permasalahan yang sebenar. Dalam mengenalpasti punca masalah, adalah penting untuk kita tanyakan:

" Mengapakah para pelajar kita gagal menguasai Bahasa Inggeris walaupun setelah mereka mempelajari bahasa itu di sekolah semenjak Darjah 1 hingga Tingkatan 5 - sejumlah 11 tahun kesemuanya! "

Tempoh 11 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat panjang untuk mempelajari bahasa. Bukankah perkara ini memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah? Seterusnya, kalaupun kita meletakkan kegagalan menguasai disiplin ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai masalahnya, kita pasti akan bertemu dengan punca permasalahan yang sama apabila difikirkan secara rasional dan berdasarkan pandangan para intelektual.

" Apakah kegagalan menguasai Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris itu adalah disebabkan Bahasa Inggeris tidak dijadikan bahasa pengantar bagi pengajian kedua-dua subjek tersebut, ataupun disebabkan memang para pelajar tidak mahir berbahasa Inggeris? "


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pelaksanaan dasar PPSMI dibuat dengan mengakui bahawa para pelajar kita pada hari ini tidak mahir berbahasa Inggeris. Nah, apakah mungkin para pelajar kita memahami konsep-konsep Sains dan Matematik yang diajar dalam satu bahasa yang mereka tidak mahir? Maka, akar permasalahannya adalah pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan rujukan bagi disiplin Sains dan Matematik adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun, sekurang-kurangnya di peringkat asas (sehingga ke peringkat pengajian SPM), kita sudah sedia mempunyai rujukan-rujukan dalam Bahasa Melayu. Perkara ini dinyatakan dengan tidak menafikan bahawa terdapat juga rujukan-rujukan bagi bidang Sains dan Matematik di peringkat yang lebih tinggi dalam Bahasa Melayu, walaupun bilangannya sedikit. Apa yang penting sekarang ini adalah, seandainya negara ini ingin melahirkan lebih ramai graduan yang mahir dalam disiplin Sains dan Matematik, konsep-konsep asas yang akan membawa kepada kefahaman dalam ilmu-ilmu Sains dan Matematik itu perlulah dikuasai oleh para pelajar. Untuk menguasai konsep itu pula, bahasa pengantar yang paling sesuai digunakan adalah Bahasa Melayu kerana itulah bahasa percakapan harian yang rasmi bagi masyarakat di negara ini. Justeru, apabila diajarkan sains dan matematik itu dalam Bahasa Melayu, para pelajar akan lebih mudah menangkap konsep-konsep yang perlu mereka fahami.

Kita tidak harus memandang rendah akan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Lihatlah kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan lain-lain universiti, bagaimana mereka telah melahirkan ramai graduan dalam bidang Sains dan Matematik serta mempunyai pensyarah-pensyarah yang berkelayakan dan universiti-universiti tersebut melaksanakan pengajiannya dalam Bahasa Melayu – sejak sekian lama! Mungkin akan timbul persoalan:

" Mengapakah kita masih jauh terkebelakang dalam sains dan teknologi? "

Sudah tentu adalah tidak adil, malah tidak wajar, untuk kita menyalahkan bahasa pengantar dalam hal ini. Ada banyak faktor yang lain yang perlu diberikan perhatian serius. Seperti:

" Adakah benar universiti kita mengamalkan sistem akademik yang benar-benar berdisiplin sehingga mampu melahirkan graduan yang mahir dan mampu bersaing di pentas antarabangsa? "

Kemudian, jika ada:

" Adakah kemahiran dan pengetahuan yang meluas di kalangan para graduan itu dimanfaatkan secara optimum dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi di negara ini? "

" Adakah kita masih tidak meyakini kemampuan anak tempatan, lantas masih menggunapakai pakar daripada luar negara? "

" Apakah para pelajar kita diberikan ruang dan kebebasan berfikir yang betul-betul luas sehingga mampu mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatifnya? "

" Adakah para pelajar kita sudah terdidik dengan sikap yang betul sebagai seorang penuntut ilmu? "

" Apakah kemudahan fasiliti dan peralatan yang diperlukan bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam disiplin ilmu sains dan matematik mencukupi di negara ini? "

Isu Dasar Menjadi Persoalan

Penentangan terhadap dasar PPSMI ini juga bukanlah semata-mata penentangan terhadap pelaksanaan dasar tersebut tetapi lebih kepada penentangan terhadap dasar itu sendiri. Soal pelaksanaan, dalam apa jua dasar dan pada apa jua peringkat, pasti akan punya kelemahan dan kekurangan kerana itulah sifat manusia. Justeru, soal pelaksanaan tidak memerlukan kepada penentangan yang terlalu agresif. Malah, seandainya isu ini adalah isu pelaksanaan, maka yang lebih sesuai adalah semua pihak duduk bersama-sama untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut. Namun, isu ini adalah isu dasar. Selain daripada ketidakmampuan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris untuk membina kefahaman terhadap konsep-konsep dalam ilmu sains dan matematik, dasar PPSMI juga akan menyebabkan Bahasa Melayu menjadi semakin terpinggir. Hal ini merupakan satu hal yang cukup kritikal. Walaupun pihak yang mempertahankan dasar PPSMI berulang kali menegaskan bahawa pelaksanaan dasar PPSMI tidak bermaksud untuk mengenepikan kepentingan Bahasa Melayu, namun itu sekadar alasan yang bersifat retorik semata-mata. Hakikatnya, apabila Bahasa Melayu dikeluarkan daripada pengajian sains dan matematik, maka di manakah kedudukan Bahasa Melayu? Di mana lagi Bahasa Melayu akan digunakan?

Ilmu Sains dan Matematik adalah ilmu asas yang akan mencapah kepada terlalu banyak bidang yang lain seperti kejuruteraan, komputer, perubatan, pelayaran, pemetaan, geologi dan lain-lain. Apabila Bahasa Melayu dibuang daripada pembelajaran ilmu-ilmu itu, maka bukankah Bahasa Melayu hanya akan digunakan di pasar-pasar dan di jalanan? Bukankah itu merendah-rendahkan martabat Bahasa Melayu? Maka, bagaimana mungkin kita mahu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi? Malah, untuk jangka masa yang panjang, dikhuatiri akhirnya Bahasa Melayu akan terus dipinggirkan. Apabila keadaan ekonomi dan teknologi masyarakat sudah berkembang, siapakah agaknya yang masih mahu menggunakan Bahasa Melayu – sebuah bahasa jalanan dan bahasa pasar – sebagai bahasa pertuturan harian mereka?

Bahasa Dan Budaya

Penting untuk difahami bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Apabila Bahasa Melayu dipinggirkan dan Bahasa Inggeris diangkat tarafnya terlalu tinggi, maka akhirnya budaya masyarakat Barat yang menggunakan Bahasa Inggeris itu akan menyerap masuk secara langsung ke dalam masyarakat di negara ini. Sememangnya tidak semua yang daripada Barat itu adalah negatif, banyak juga yang positif. Namun, lakukanlah penilaian secara objektif; unsur-unsur daripada Barat yang begitu banyak mendominasi kaca-kaca televisyen, corong-corong radio, halaman-halaman dalam majalah dan dada-dada akhbar, apa dia? Bukankah filem-filem daripada Hollywood, yang hampir kesemuanya pasti memaparkan pergaulan bebas lelaki dan wanita (paling tidak, pasti ada adegan bercumbu antara lelaki dan wanita), yang begitu banyak ditayangkan di panggung-panggung wayang? Ditambah lagi dengan VCD dan DVD yang boleh diperolehi dengan begitu mudah? Bukankah artis-artis daripada Barat yang tidak mampu menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada masyarakat di negara ini, begitu banyak menghiasi dada akhbar dan majalah, malah lagu-lagu mereka diputar berulang kali dalam radio? Ditambah lagi dengan teknologi Internet yang membolehkan masyarakat di negara ini mendapat capaian kepada pelbagai bahan yang tidak sihat, yang majoritinya daripada Barat. Kita tidak boleh memisahkan hal budaya ini daripada bahasa. Budaya bangsa Melayu, budaya bangsa lain, budaya bangsa Asia, adalah budaya yang sifatnya cukup lemah-lembut dan kaya dengan adab. Tetapi tunjangnya bukan Bahasa Inggeris! Lihatlah apa yang terjadi kepada jatidiri orang Melayu di Singapura apabila Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa utama mereka.

Perkaitan antara bahasa dan budaya ini dijelaskan secara terperinci dan jelas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, antaranya dalam karangannya yang berjudul ‘Risalah Untuk Kaum Muslim’. Bahasa itu bukanlah sekadar perkataan-perkataan kosong, tetapi bahasa adalah medium penyampaian mesej. Perkataan dan istilah dalam bahasa itu membawa makna yang tersendiri, dalam konteks yang tersendiri, yang akhirnya membawa kepada pembentukan pandangan alam seseorang itu.

Islamisasi dan Bahasa Melayu

Dalam konteks agama Islam pula, ada sebab yang cukup utuh mengapa Bahasa Melayu itu perlu dipertahankan. Selain daripada berbahasa Melayu itu digandingkan dengan beragama Islam sebagai ciri bangsa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, apa yang penting juga adalah Bahasa Melayu ini adalah sebuah bahasa yang telah melalui proses Islamisasi di rantau ini. Sebagai sebuah bahasa yang telah melalui proses Islamisasi, maka peranan Bahasa Melayu di rantau ini adalah sangat penting dalam pembentukan pandangan alam Islam seseorang itu. Begitu banyak perkataan dalam Bahasa Melayu adalah berakar daripada bahasa Arab yang Islamik. Istilah bahasa Arab yang Islamik digunakan di sini kerana bukan semua yang berbahasa Arab itu adalah orang Islam dan juga kerana bahasa Arab itu sendiri telah melalui proses Islamisasi tatkala Rasulullah Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam diutuskan dengan membawa kitab Al-Qur’an.

Penggunaan istilah-istilah yang telah berakar teguh dalam Bahasa Melayu, tidak mungkin boleh digantikan dengan begitu sahaja oleh Bahasa Inggeris yang merupakan satu bahasa asing di rantau ini. Sebagai contoh, istilah “taqwa” tidak boleh disamakan dengan istilah “pious”, kerana sepertimana yang dirakamkan dalam Al-Qur’an istilah “taqwa” terkait dengan kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala, sedangkan istilah “pious” adalah satu istilah yang terlalu umum yang malah digunakan dalam agama selain daripada Islam, selain daripada tidak membawa perkaitan dengan Tuhan. Begitu juga istilah “akhlak” tidak boleh disamakan dengan “ethic”, “ikhlas” tidak boleh disamakan dengan “sincere”, “adil” tidak boleh disamakan dengan “justice”; dan sebagainya lagi. Termasuklah, “Allah” tidak boleh diterjemahkan sebagai “God”. Apabila Bahasa Melayu sudah tidak lagi dianggap penting, maka istilah-istilah di atas akan terganti lantas merosakkan pandangan alam umat Islam di negara ini.

Ikutilah Yang Lebih Mengetahui

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah, bahawa semenjak daripada mula-mula dasar PPSMI ini diperkenalkan, ramai di kalangan para intelektual yang telah membantah dasar ini. Nah, seandainya pandangan para intelektual yang didukungi oleh hujah-hujah mereka yang cukup kuat dan ilmiah tidak didengari, maka pandangan siapakah yang digunapakai? Bukankah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menyatakan bahawa apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan pakarnya, maka kita akan menghadapi saat kehancuran. Daripada disiplin Sains dan Matematik, kita ada pakar fizik bertaraf antarabangsa, Prof. Dr. Mohd. Yusof Othman (UKM) yang menyatakan bantahan terhadap dasar PPSMI. Daripada bidang bahasa pula, kita ada Profesor Bahasa Melayu dan ahli linguistik tersohor, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang berterusan membantah pelaksanaan dasar PPSMI. Maka, seandainya pandangan pakar-pakar seperti mereka tidak kita dengari, pandangan siapa lagi yang kita mahu ikuti?

Jawatan, pangkat dan kedudukan tidak menjamin tahap keintelektualan seseorang. Malah dalam Islam pun kita diajar bahawa seorang pemimpin itu (umara’) harus mendengar nasihat dan pandangan daripada seorang ilmuan (ulama’) dalam membuat keputusan dan tindakan. Bukanlah satu keaiban untuk mengaku bahawa kita tersilap dan memperbaiki kesilapan itu.

Ayuh, batalkan dasar PPSMI demi masa depan umat!
Allah jua Yang Maha Mengetahui!

oleh: akhie_naim
www.iluvislam.com