23 Mac 2009

Kalaulah saya juga Minah Indonesia

Oleh: Hishamuddin Rais

Sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wujud atau mati, orang awam di negara kita akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu.

Manusia di mana-mana pun dalam dunia ini perlu berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak mereka menjadi cara terbaik untuk berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka.

Jutaan tahun dahulu, bunyi-bunyi ini tunggang-langgang sifatnya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ia menjadi tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipanggil bahasa.

Semua ini berlaku tanpa dana daripada Kementerian Pelajaran atau DBP.

Heboh-heboh Bahasa Melayu mula kedengaran kembali di awal tahun ini. Heboh-heboh bahasa dalam negara kita ini macam perangai kelab dangdut: kejap-kejap ada, kadang-kadang hilang. Tetapi selalunya hilang entah ke mana. Macam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Pernahkah para pembaca terdengar nama Gapena (Gabungan Penulis Nasional), Pena (Persatuan Penulis Nasional) dan beratus-ratus jenis kumpulan yang mengakui bahawa ahli-ahlinya bakal penulis, penulis dan sasterawan? Sesiapa yang tidak pernah mendengar, tidak mengapa. Kita tidak akan dimarahi oleh menteri dalam negeri Syed Hamid Albar atau disaman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nama-nama yang saya tulis di atas itu badan-badan sasterawan Melayu yang "berani" mengakui diri mereka sebagai pewaris, pengembang dan penjaga Bahasa Melayu. Saya cukup sangsi dengan pengakuan badan-badan ini. Telah lama saya perhatikan. Badan-badan ini lebih banyak dilihat sebagai pembodek kuasa daripada berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu.

Untuk saya, susuk ulung yang trampil dalam mengembangkan Bahasa Melayu pada ketika ialah Minah-minah Indonesia dan bukan badan-badan sasterawan ini.

Cuba perhatikan: Pada ketika ini Minah-minah Indonesia ini berada di setiap pelusuk kota-kota besar di negara kita ini. Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka. Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh, kaum proletariat, yang dibawa oleh Minah-minah Indonesia ke sini.

Wajib disedari bukan semua mereka ini Melayu. Ertinya bukan semua bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa, ada Minah Sulawesi, ada Minah Ambon, ada Minah Madura.

Semua suku kaum ini memiliki bahasa khusus masing-masing – bahasa ibunda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita, mereka menggunakan Bahasa Melayu. Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah rumah Tioghua kelas menengah. Minah-minah Indonesia ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris. Mereka wajib berhubung, justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan di antara si Minah dengan majikannya. Tidak dapat tidak majikannya, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris, kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu.

Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah menggunakan Bahasa Melayu. Keadaan ini lebih hebat daripada kempen-kempen penggunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk di poster-poster dan kain-kain rentang.

Biasanya majikan dari kelas menengah memiliki sikap tak ambil endah terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si pembantu ini datang, maka untuk pertama kalinya si majikan "terpaksa" mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Tidak ada peranan DBP, Kementerian Pelajaran, Teras (Teras Pengupayaan Melayu) atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semuanya berjalan tanpa akta Parlimen atau riuh-rendah daripada Gapena.

Jika si Minah ini menjadi babu menjaga anak, maka peranan babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan anak kecil ini akan lebih banyak berguli dan berjenaka dengan si anak kecil.

Malah jika diambil nisbah masa, waktu si babu bersama anak lebih banyak berbanding dengan waktu si ibu bersama anak. Si babu Minah Indonesia ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si babu inilah yang akan sentiasa didengar oleh telinga si anak kecil.

Inilah bukti si babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan huhah huhah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat. Atau laporan daripada Kementerian Pelajaran.

Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong. Di kota pulau ini, tanpa dirancang, Tagalog menjadi bahasa kedua rakyat di sana. Ia berlaku kerana hampir semua babu dan pembantu rumah di Hong Kong didatangkan dari Filipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Filipina ini akan fasih berbahasa Tagalog.

Saya juga sering ke kedai makan dan ke restoran Cina. Saya perhatikan banyak, malah hampir semua, restoran Cina di kota Kuala Lumpur ini mengambil pekerja Minah Indonesia. Ada yang bertugas di dapur, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah-minah ini tanpa segan-silu bekerja dalam restoran Cina.

Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran Cina, sudah pasti para pelanggan Cina yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan menyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Beginilah pekerjaan pelayan.

Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah pelayan di restoran Cina ini penyebar Bahasa Melayu yang ulung.

Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah Indonesia ini cukup teratur. Lenggok dan lagunya bahasa baku.

Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah sama – tidak mengira apakah si pelanggan seorang apek berseluar pendek atau seorang taukeh berjaket dan bertali leher.

Malah daripada pemerhatian saya, Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah ini lebih baik susunan ayatnya daripada pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhambur dari tekak para pengacara televisyen dan radio kita.

Saya pendukung penggunaan Bahasa Melayu. Saya bukan pembodek bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan, maka saya tidak akan "menonjol-nonjol" untuk masuk ke "bingkai" untuk berdiri di sebelah menteri.

Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya, semua ini kerja bodoh.

Bahasa Melayu, untuk saya, bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai "kebangsaan". Bahasa Melayu milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita berhubung antara satu sama lain.

Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita.

Bahasa Melayu, untuk saya, "bahasa strategik untuk perubahan". Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya penggunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di negara kita ini.

Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan, maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-minah Indonesia yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang.

Saya cukup menghormati Minah-minah Indonesia ini – untuk saya - merekalah pejuang Bahasa Melayu yang tulen.

Meremang bulu tengkuk, dan besar kemungkinan saya juga akan muntah, jika saya disabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya lebih berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indonesia.

LELAKI & WANITA

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

22 Mac 2009

Ramai guru di Malaysia sakit jiwa

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.


NOR ZURAIDA

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya

18 Mac 2009

Earth Hour - 28 Mac 2009 @ 8.30PM



Malaysia secara rasmi telah menyertai kempen "Earth Hour 2009" yang akan diadakan serentak di seluruh dunia pada 28 Mac 2009 ini. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan isu pemanasan global yang semakin parah.

"Earth Hour" adalah sebahagian daripada aktiviti sempena Hari Bumi (Earth Day) yang disambut pada 22 April setiap tahun, semenjak 1970. Sempena "Earth Hour", kesemua peserta dari negara yang menyertai akan menghentikan penggunaan elektrik selama sejam bertujuan untuk memberi kesedaran tentang isu pemanasan global.

"Earth Hour" bermula di bandaraya Sydney pada 2007 apabila sejumlah 2.2 juta buah rumah dan premis perniagaan telah memadamkan lampu selama sejam. Kemudian, pada 2008 kempen ini mula diterima ramai apabila 50 juta orang diseluruh dunia menyertainya.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan alam sekitar, sertailah kempen ini dan padamkan lampu di kediaman anda selama sejam pada 28 Mac ini tepat jam 8.30 malam. Bandaraya Kuala Lumpur terlibat secara rasmi dalam kempen ini dan kesemua lampu di KL akan dimatikan serentak tepat jam 8.30 Malam selama sejam. hampir kesemua premis perniagaan termasuk rangkaian hotel akan mematikan lampu di premis mereka dalam temph sejam. Ini termasuklah menara Kuala Lumpur yang akan turut bergelap.

Rakyat Malaysia di lokasi-lokasi lain juga digalakkan untuk menyertai kempen kesedaran untuk bumi ini. Marilah kita sama-sama menyertai penduduk dunia dari 1429 buah bandaraya di 80 buah negara demi untuk kesinambungan generasi akan datang.

Log on to www.earthhour.org/malaysia or search for Earth Hour Malaysia on Facebook to learn more about the event, ways of reducing your carbon footprint and more!

"Kiamat" di 4 Galaksi

Pada awal Ogos 2008, komuniti astronomi dan mereka yang mengikuti rapat bidang ini telah dikejutkan dengan satu kejadian yang amat luar biasa dan dahsyat di cakerawala, jauh dari Bima Sakti.
Empay galaksi besar yang berada di Sluster galaksi CL0958+4702, yang berada kira-kita 5 bilion tahun cahaya dari Bumi, telah bertembung antara satu sama lain. Pertembungan yang sangat kuat dan dahsyat ini telah memusnahkan sama sekali semua isi-isi empat galaksi berkenaan dan sisa-sisanya bertebaran ke segenap cakerawala dalam semua arah.

Kejadian ini telah menyebabkan arah medan graviti segala yang ada di dalam galaksi berkaitan, dan lintasan-lintasan orbit segala benda di dalamnya menjadi kacau bilau. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Teleskop Angkasa Spitzer milik NASA. Dan, apa yang lagi mengejutkan, hasil dari perlanggaran empat galaksi itu, terbentuk satu galaksi baru yang bergabung berukuran sepuluh kali ganda saiz Bima Sakti. Para saintis astronomi kini sedang memerhatikan kelahiran galaksi baru melalui pengawasan teleskop angkasa Spitzer.

Secara teori, para saintis juga meramalkan akan wujudnya lubang hitam di dalam galaksi yang sedang terbentuk itu. Ini terjadi hasil daripada pertembungan yang sangat kuat yang telah menimbulkan "gelombang kejutan" yang telah merubah kedudukan sebahagian besar bintang-bintang dan jisim lainya daripada orbit-orbit asal mereka. Dalam evolusi untuk membentuk galaksi baru seterusnya, sebahagian daripada bintang-bintang yang terlibat dalam pertembungan akan berevolusi menjadi bintang-bintang neutron atau lubang hitam.

Lubang Hitam, merupakan misteri cakerawala yang masih begitu sedikit diketahui manusia. Ia terbentuk oleh sebutir bintang yang besar dan padat jisimnya yang mengecut dan mati dengan membakar seluruh tenaga nuklear yang ada padanya. Pada masa itu, tiada lagi tenaga dihasilkan menyebabkan partikel-partikel gas di permukaan tersedut ke pusat graviti bintang berkenaan dengan tekanan yang sangat besar hingga membentuk lubang hitam. Gravitinya adalah sangat kuat, hingga mampu menarik cahaya masuk ke dalamnya.

Kehadiran lubang hitam amat susah untuk dikesan. Astronomer hanya dapat mengagak adanya lubang hitam di kawasan-kawasan tertentu sekiranya terdapat banyak bintang-bintang mengorbit sesuatu yang tidak kelihatan. Lubang hitam terdekat dengan Bumi adalah Cygnus X-1 yang ditemui pada tahun 1971. Cygnus X-1 dikatakan mempunyau daya tarikan graviti yang sangat kuat, hingga mampu menarik sebarang objek yang terletak 600 ribu kilometer dari pusatnya.


Gambar di atas menunjukkan dimana letaknya Cygnus X-1. Perhatikan bintang-bintang yang sedang ditarik oleh gravitinya ke pusat (bulatan kuning). Sementara di dalam bulatan-bulatan merah pula menunjukkan bintang-bintang yang sedang mati dan akan berevolusi menjadi bintang neutron atau lubang hitam.

Jadi, adalah tidak mustahil matahari juga akan mati apabila tenaga nuklearnya sudah habis dan menjadi lubang hitam lalu menyedut semua bintang-bintang dan planet-planet sekelilingnya ke dalamnya. Saintis meramalkan riwayat matahari akan berakhir sekitar beberapa juta tahun saja lagi.

Juga, tidak mustahil untuk galaksi Bima Sakti bertembung dengan galaksi Andromeda yang kini sedang bergerak dengan kecepatan 500 ribu km/j menuju galaksi ini. Mungkin masa inilah kiamat berlaku, apabila kedua-dua galaksi bertembung, bintang-bintang bertaburan jatuh seoalh-olah langit telah pecah.

10 Mac 2009

Petua dari Ibu

Ini ada satu petua dari ibu

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan dapat anda lihat sendiri.

07 Mac 2009

Sabarlah Cikgu..

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Sumber : Http://Jarumemas.Blogspot

05 Mac 2009

Isteri Idaman

Kriteria isteri-isteri idaman adalah:


1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.



2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.



3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.



4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.



5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...hu..hu..hu..

03 Mac 2009

Iklan yang tiada di Malaysia

Lawak Suami Isteri

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang


ni abang lak bagi....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni... nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha

02 Mac 2009

Nutrient Food



To lose weight, it is important to balance calories in and out. With less calorie intake, you eat fewer nutrients and this may lead to a problem: you do not get the nutrients your body needs. The solution is to prefer nutrient-dense food to food and beverages packed with empty calories like sodas. For an equal number of calories, you can get more vitamins and microelements essential to your health. Pay attention to the nutrient density of the food you buy.

NUTRIENT DENSITY

Nutrient density is the amount of nutrients per unit of energy (calorie) you get from the given food. Eating nutrient-dense food is one of the healthiest ways of dieting: you get a lot of vitamins, minerals, fiber and save calories.


Nutrient-dense food includes

- Fruits
- Whole grains
- Legumes
- Vegetables
- Lean meat
- Eggs
- Poultry
- Low-fat dairy
- Seafood.

Whole, unprocessed foods are usually nutrient dense.

NUTRIENT DENSE FOOD & EMPTY CALORIE FOOD

Two products can have approximately the same number of calories, but the amount of nutrients and vitamins in them may differ greatly. If you compare a portion of baked potato to a portion of plain potato chips with equal calorie content (100 calories), you will find that baked potato contains twice the amount of dietary fiber: baked potato contains 1.61 g of fiber, while chips contain 0.75 g of fiber. In addition, baked potato has four times more vitamin C than chips (13.7 mg of vitamin C in baked potato and 3.4 mg in potato chips). Baked potato is more nutrient dense than plain potato chips.

Nutrient-dense food is the opposite of empty-calorie food. Sweets and soft drinks are very high in calories because of added sugars, while their nutrient density is very low. Such energy-dense food is not beneficial to your health.

CHOOSE NUTRIENT FOOD

To get all the nutrients your body needs and save calories, substitute nutrient-dense food for empty-calorie food. Fruit and vegetables are perfect nutrient-dense snacks as they are low in calories and packed with dietary fiber and vitamins. Eat apples between meals and a cup of strawberry instead of chips or popcorn in front of TV.

Nutrient-dense food contains more nutrients and generally fewer calories than energy-dense food. “They’re the foods that are loaded with the nutrients we need to thrive,” says Eileen Kennedy, dean of the Friedman School of Nutrition Science and Policy at Tufts University, “Think about choosing a potato instead of potato chips, or a banana instead of a soda. Opt for a plate with lots of vegetables, and skip the dinner roll. Ignore the cake and go for the fruit.”

Make a wise choice. Do not use calorie content as the main criterion when buying food. Eat food high in nutrients. Nutrient-dense food includes, for the most part, dietary products: fish, fruit, vegetables, seafood. “If people choose foods based on nutrient density,” Kennedy says, “they will, essentially, be choosing foods based on quality.” You can make a perfect diet plan with nutrient-dense food. A diet based on the concept of nutrient density will help you lose weight and get all the nutrients your body needs for health.

MPV Proton Diambang Kegagalan?


Bercakap mengenai pengeluar kereta nasional yakni proton yang akan mengeluarkan kereta MPV pertama negara adalah amat dibanggakan pada asalnya. Ini kerana, sebagai rakyat malaysia saya merasakan kita perlu berada sebaris dengan negara-negara lain dalam indutri permotoran.

Namun apa yang saya kesalkan adalah strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan perniagaan proton tidak tepat dan agak ketinggalan zaman. mereka seolah-olah menggambarkan menjual kereta nasional akan laris seperti menjual goreng pisang yang boleh dibeli dengan harga satu ringgit atau dua. Hanya kerana dasar kereta nasional mereka meletakkan harapan yang begitu tinggi dengan pembelian oleh rakyat malaysia yang begitu menyokong perjuangan mereka atas dasar nasional.

Di sini saya ingin berbincang sedikit, kenapa proton akan berhadapan dengan kegagalan dalam pengeluaran MPV pertama ini.

1) Teknologi
Dari segi teknologi, proton hanya menggunakan engine campro 1.6 dengan capasiti muatan adalah 7 orang penumpang. Dengan engine yang begitu kecil dari segi cc, torque,hose power adalah amat tidak sesuai untuk muatan yang penuh di samping beban kereta itu sendiri yang bersaiz besar sudah tentunya akan akan menyebabkan engine kereta terbeban. secara tidak langsung kesan yang akan dirasai oleh pengguna adalah dari segi penggunaan minyak dan jangkahayat engine itu sendir. Berbeza dengan Nissan Livina. Kereta yang di keluarkan dengan teknologi tekini sepeti mempunyai sistem Continues variable Timing Control (CVTC) yang mana kelebihannya adalah bertindak sebagai menambahkan kuasa semasa pemanduan.Sekiranya beban bertambah CVTC ini berupaya menstabilkan pemanduan seperti biasa tanpa membebakna engine kerana system valve yang digunkan akan meningkatkan power yang konsisten.Malah engine yang digunakankan adalam full aluminium dan ia amat ringan berbanding engine campro proton. Begitu juga dengan kerata MPVCherry Alado, buatan China yang menggunakan engine mitshubishi 2.4. Walupun ia engine yang lama, tapi stratrategi engin yang bersisi besar adalah tepat dengan konsep MPV untuk beban yang berat.

2) Harga
Dari segi harga, Proton seolah-olah ingin bertanding dengan MPV nissan livina, cherry alado dan Citra yang semua ini adalah kereta yang lahir dari luar negara yang lebih lama wujud dan lebih kehadapan dari segi teknologinya. Harga MPV proton pada hampir 80k akan menyebabkan pengguna yang bijak akan mempertimbangkan dengan MPV yang ternama seperti nissan livina rm yang berharga sekitar 84k.Malah ukuran yang diambil juga berdasarkan teknologi yang saya perkatakan tadi. sebagai perbandingan, kita tengok produa NAutica yang gagal memasrkan SUVnya kerana pengguna rata-rata akan memilih Toyota Rush yang harganya lebih murah dan patern yang agak sama. Secara logiknya, proton menggunakan sumber dalam negara tapi mengeluarkan dengan harga yang tinggi adalah amat tidak tepat walaupun di sini saya gagal untuk menentukan berapa kos yang diambil oleh proton. Tapi hakikatnya pengguna tidak mengambil kira kos yang tampung oleh proton tapi pengguna akan mengambil kira kos yang perlu dibayar untuk sebuah MPV yang mana terdapat pilihan lain yang harganya lebih kurang sama tapi teknologinya lebih kehadapan.

3) Masa
Masa yang kurang tepat untuk proton memasarkan MPVnya kerana tahun 2009 diambang kemelesetan ekonomi. Saat ini, Pengguna lebih berhati-hati untuk berbelanja membeli kereta baru.

dengan faktor-faktor utama di atas, saya merasakan proton akan berhadapan dengan masalah dalam melariskan proton MPVnya.Saya bukan tidak menyokong kereta nasional malah saya sendiri pun pakai kereta nasional tapi pada kadar yang saya mampu. jadi buat pengurusan proton, sebelum membuat keputusan, anda perlu melihat semua perkara ini. Sebenarnya banyak lagi yang mempengaruhi pengguna di malaysia. antara lain adalah faktor purata pendapatan majoriti pennguna yanga mampu membeli, servis dan sebagainya. Yang saya senarikan tiga di atas adalah antara yang terpenting yang diukur oleh pembeli.

Sekian.

http://protonmalaysia.wordpress.com/2009/03/01/mpv-proton-diambang-kegagalan/